awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri berangkat lawat Taman Tasik Perdana selepas 52 tahun

Bernama
Bernama
18/02/2022
22:44 MYT
Agong, Permaisuri berangkat lawat Taman Tasik Perdana selepas 52 tahun
Lawatan selama dua jam itu amat bermakna buat Al-Sultan Abdullah kerana ia mengimbau kembali detik nostalgia baginda. - Foto Facebook/Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Jumaat berangkat melawat Taman Tasik Perdana di sini untuk beriadah bersama cucunda baginda berdua, Tengku Zayn Edin Shah Tengku Abu Bakar Ahmad.
Menurut catatan di akaun Facebook Istana Negara, lawatan selama dua jam itu amat bermakna buat Al-Sultan Abdullah kerana ia mengimbau kembali detik nostalgia baginda.
"Ini adalah kerana kali terakhir Seri Paduka berangkat melawat Taman Tasik Perdana ialah ketika baginda berusia 11 tahun iaitu pada 1970," menurut catatan itu.
Menurut Istana Negara, keberangkatan tiba Seri Paduka berdua ke Taman Tasik Perdana pada 5 petang disambut Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah.
Facebook Istana Negara
Facebook Istana Negara
Seri Paduka berdua turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama pengunjung-pengunjung di Taman Tasik Perdana.
Catatan itu turut memaparkan 14 keping gambar Seri Paduka berdua bersama Tengku Zayn Edin Shah di pelbagai lokasi di Taman Tasik Perdana.
Facebook Istana Negara
Facebook Istana Negara
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Raja Permaisuri Agong
#Taman Tasik Perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan