awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri berbuka puasa bersama penduduk Raub

Bernama
Bernama
28/03/2023
14:08 MYT
Agong, Permaisuri berbuka puasa bersama penduduk Raub
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan beramah mesra dengan para hadirin ketika berangkat tiba pada Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk Raub. - Gambar Bernama
RAUB: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama penduduk daerah ini di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini, malam ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, diiringi anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah dan Tengku Panglima Raja, Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan kepimpinan kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan.
Pada majlis berkenaan Seri Paduka berdua turut meluangkan masa menyantuni penduduk setempat dan memberikan sumbangan kepada golongan memerlukan selain menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat terawih.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang ,Fadzli Mohamad Kamal, ketika berucap, berkata keberangkatan Seri Paduka berdua ke daerah itu menyerlahkan kasih sayang selain sifat yang sentiasa memahami denyut nadi rakyat khususnya pada Ramadan ini.
"Setiap kali ketibaan Ramadan, Seri Paduka tidak pernah lupa, malah sentiasa meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama-sama rakyat jelata sambil menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan meskipun baginda sibuk mengalas tugasan sebagai Yang di-Pertuan Agong," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong.
-- BERNAMA
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#ADUN
#Yang di-Pertuan Agong
#Ramadan
#Belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan