KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan santap bersama ahli keluarga serta cucunda sempena Aidiladha di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, pada Rabu.
Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, turut berangkat sama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, serta Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor bersama paduka anakanda.
Turut berangkat, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar, selain Tunku Tun Aminah dan suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.