KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet negara yang berjaya menyumbang pingat emas pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Istana Negara, hari ini, Raja Permaisuri Agong,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan tahniah.
Atlet negara yang menyumbang pingat emas pada acara sukan itu setakat ini adalah atlet pelayaran, Nur Shazrin Mohamad Latif bagi acara ILCA 6 wanita, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil bagi acara dressage individu (ekuestrian) dan pasukan skuasy wanita kebangsaan.
Nur Shazrin menyumbang pingat emas pertama negara pada Sukan Asia Hangzhou 2022 sekali gus melayakkan beliau ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Mohd Qabil yang mengumpul keseluruhan 75.780 mata pula menewaskan juara bertahan Jacqueline Siu dari Hong Kong dengan pingat perak selepas meraih 73.450 mata, manakala Anush Agarwalla dari India membawa pulang pingat gangsa selepas mengumpul 73.030 mata.
Skuad skuasy wanita yang dibarisi Rachel Arnold, S. Sivasangari dan pasangan adik-beradik Aifa dan Aira Azman turut menyumbangkan emas dalam acara berpasukan wanita selepas menumbangkan juara bertahan, Hong Kong, 2-1 pada aksi final, semalam.
Sukan Asia Hangzhou berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt ini
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet negara yang berjaya menyumbang pingat emas pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022. -Facebook Istana Negara

Beberapa artis jauhkan diri kerana fitnah di IG - Siti Nordiana
Siti Nordiana memberitahu Mahkamah Tinggi beberapa artis menjauhkan diri daripadanya, selepas kenyataan fitnah dibuat terhadapnya.

'Saya trauma, mahu tuntut keadilan' - Wahab
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa tindakannya membuat laporan polis adalah mahu membersihkan namanya dalam kes tular rakaman video perbualan berbaur lucah.

Kejam! 15 anak kucing direndam sampai mati
Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan wang ganjaran RM5,000 bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab membunuh dengan merendam mati 15 anak kucing yang dilaporkan berlaku di Pasar Borong Jerantut.

Lelaki terlepas hukuman mati, diganti penjara 20 tahun sebabkan kematian isteri
Mahkamah mengambil kira segala fakta termasuk hubungan perayu dengan mangsa sebagai suami isteri.

Kerajaan bakal tanggung kos rawatan penyakit EVALI RM369 juta setahun pada 2030 - Dr Zaliha
Kajian menunjukkan kos rawatan bagi penyakit EVALI adalah RM150,000 bagi setiap pesakit.

Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail dipilih Presiden Iswami 2023-2025
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail dilantik sebagai Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) bagi tempoh 2023-2025.

Gantung, tamat projek HSR: Kes saman dua bekas PM 15 Disember ini
Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan daripada pihak Mohd Hatta Sanuri, 47, selaku plaintif dan pasukan defendan.
GXBank dilancarkan, berteras keterangkuman kewangan rakyat
GXBank, bank digital pertama Malaysia, telah melancarkan perkhidmatannya secara rasmi di negara ini.
Aplikasi bank itu kini tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store, menawarkan rakyat Malaysia akses kepada rangkuman kewangan dan daya tahan.
Aplikasi bank itu kini tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store, menawarkan rakyat Malaysia akses kepada rangkuman kewangan dan daya tahan.
Harga minyak sawit mentah dijangka meningkat menjelang 2024
Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka menunjukkan aliran harga menaik antara RM3,700 hingga RM4,100 bagi setiap tan menjelang 2024.
Alliance Bank umum untung lebih RM185 juta
Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd melonjak 17 peratus kepada RM185.33 juta bagi suku kedua berakhir 30 Sept 2023, naik berbanding RM158.42 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Agong, Raja Permaisuri tiba di UAE untuk lawatan khas sempena COP28
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada 3.40 petang waktu tempatan (7.40 malam waktu Malaysia).

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong berangkat ke UAE sempena COP28
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan untuk melakukan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu.

Agong, Putera Albert II lawat pusat konservasi Harimau Malaya, gajah
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Putera Monaco Putera Albert II berkenan melawat dua pusat konservasi haiwan yang terletak di Lanchang.

Agong berkenan rasmi Pusat Hemodialisis YASA kelima di Jerantut
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Pusat Hemodialisis Kelima Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA).

Agong sempurnakan pelancaran Misi Penghantaran Barang Keperluan Ke Pangkalan Hadapan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenaan menyempurnakan pelancaran Misi Penghantaran Barang Keperluan Ke Pangkalan Hadapan.

DUN Johor, MB ucap tahniah pelantikan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

33 juta rakyat Malaysia jadi keutamaan Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim bertitah, keutamaan baginda bukan untuk menjaga kepentingan politik 222 wakil rakyat, tetapi 33 juta rakyat Malaysia.

Agong sempurnakan pengurniaan Ru'RASA kepada penduduk Rompin
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyerahkan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA) kepada tujuh penerima di daerah Rompin.

Agong berkenan dengar Taklimat Persediaan Hadapi Banjir 2023/2024 Pahang
Yang di-Pertuan Agong berkenan mendengar Taklimat Persediaan Menghadapi Banjir Tahun 2023/2024 Pahang di Taman Negeri Rompin hari ini.

Agong sempurnakan sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2023 Peringkat Pahang
Yang di-Pertuan Agong berkenan merasmikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2023 Peringkat Pahang dan merasmikan Pejabat Hutan Daerah Rompin.