awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri zahir tahniah kepada Leong, rakyat Malaysia pertama terima Anugerah WFEO

Bernama
Bernama
21/04/2022
05:08 MYT
Agong, Permaisuri zahir tahniah kepada Leong, rakyat Malaysia pertama terima Anugerah WFEO
Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri menzahirkan ucapan tahniah kepada Prof Dr Leong Wai Yie, rakyat Malaysia pertama menerima anugerah daripada Persekutuan Pertubuhan-Pertubuhan Kejuruteraan Sedunia (WFEO). - Gambar Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Prof Dr Leong Wai Yie, rakyat Malaysia pertama menerima anugerah daripada Persekutuan Pertubuhan-Pertubuhan Kejuruteraan Sedunia (WFEO).
Turut menzahirkan ucapan tahniah ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan Leong yang menerima anugerah '2021 WFEO Gree Women in Engineering Award' sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
"Pencapaian cemerlang beliau sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa.
"Ia juga membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di peringkat dunia," menurut catatan di Facebook Istana Negara, hari ini.
Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan harapan agar pencapaian Leong menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing sama ada dalam negara mahupun di persada dunia.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Leong dan mendoakan beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.
Leong menerima anugerah tersebut pada majlis anugerah 'WFEO Gree Women in Engineering 2021' yang berlangsung di Paris, Perancis, baru-baru ini.
Menurut Institusi Kejuruteraan dan Teknologi (IET), anugerah 'Gree Women in Engineering Award' yang bermula pada 2018 bertujuan mengiktiraf jurutera wanita yang cemerlang.
Antara pencapaian cemerlang Leong ialah menubuhkan program bimbingan wanita dalam kejuruteraan untuk lebih 1,000 jurutera wanita. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
#Prof Dr Leong Wai Yie
#zahir ucapan tahniah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan