KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Bersempena ketibaan Ramadan, Al-Sultan Abdullah menyeru umat Islam mengaut keberkatan di bulan mulia ini untuk meneguhkan ketakwaan dalam diri dan menggandakan ibadah serta amalan.
"Seri Paduka Baginda turut menyeru umat Islam di Malaysia mengimarahkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini dengan pelbagai bentuk pengisian bermakna dan memperkukuhkan lagi ukhuwah sesama insan.
"Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga kehadiran bulan yang mulia ini turut disambut dengan rasa insaf dan syukur atas ujian, rahmat serta nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita," menurut catatan di laman Facebook Istana Negara, hari ini.
KANDUNGAN RAMADAN ASTRO AWANI ADA DI SINI
Sementara itu, Al-Sultan Abdullah menasihati rakyat supaya tidak leka dan beristiqamah mengamalkan kawalan kendiri dalam mencegah penularan COVID-19 meskipun negara telah memasuki fasa peralihan ke endemik.
Umat Islam di negara ini juga dinasihati supaya terus cekal mengharungi ujian penularan COVID-19 dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi fasa peralihan tersebut.
Titah Seri Paduka, rakyat dinasihati memastikan diri dan keluarga tersayang dilindungi dengan pengambilan dos vaksin penggalak COVID-19.
"Seri Paduka Baginda berdua mengajak seluruh umat Islam mengambil keberkatan Ramadan untuk bersama Baginda berdua mendoakan semoga Malaysia terus dirahmati dan dilindungi daripada sebarang bentuk ancaman dan musibah serta penularan COVID-19 dapat diakhiri dengan segera," menurut catatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 02 2022
Al-Sultan Abdullah menyeru umat Islam mengaut keberkatan di bulan mulia ini untuk meneguhkan ketakwaan dalam diri dan menggandakan ibadah serta amalan. - Gambar/ FB Istana Negara
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
Perkhidmatan komuter percuma sempena Program MADANI Rakyat Zon Utara
Langkah itu bagi memudahkan pengunjung di utara tanah air untuk datang memeriahkan program yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat itu.
Nur Shazrin masih plilhan utama ke Paris - MSA
MSA tidak mahu menekan 'butang panik' selepas atletnya Nur Shazrin berdepan kemungkinan terlepas aksi di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan berulang pada tangan kanannya.
Jangan buang makanan basi begitu saja, cara ini mungkin menyelamatkan alam sekitar!
Di Malaysia, sekurang-kurangnya 10,000 tan makanan dibuang setiap hari sepanjang bulan Ramadan tahun lepas.
Khai Bahar kongsi kisah bersahur cara orang bujang, belum sedia berkahwin
Bagi Khai Bahar momen-momen tersebut juga antara yang paling dirindui terutamanya suasana bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga tercinta.
Bukan hanya sedap dimakan, kurma juga mempunyai banyak khasiat
Di sebalik pengambilan buah kurma, tahukah anda bahawa terdapat lebih 400 jenis kurma di pasaran?
Dulu dibadai tsunami, kini jadi lokasi popular untuk 'ngabuburit' di bulan Ramadan
Selepas hampir empat tahun, 'amukan alam' itu masih meninggal kesan di lokasi sekitar dan juga masyarakat.
Benarkah gastrik sakit 'bermusim'? Sering 'muncul' di bulan Ramadan...
Individu yang berdepan masalah gastrik boleh melatih diri termasuk membuat persiapan sebelum tiba bulan Ramadan.
'Tiga beradik' juadah istimewa di bulan Ramadan
Kuih tiga beradik iaitu pena, badak kubang dan dodol kukus hanya terdapat di beberapa daerah sahaja di Pahang iaitu di Maran dan Temerloh.
Tomok kongsi pengalaman didik anak-anak berpuasa
Sebagai ibu bapa, Tomok dan isteri menyemai sifat sabar dalam mendidik tiga cahaya mata mereka untuk menjalani ibadah puasa.
Negara mana yang paling panjang dan pendek waktu berpuasa tahun ini?
Lebih satu bilion umat Islam di seluruh dunia melaksanakan ibadah puasa di siang hari selama sebulan, yang bermula pada awal April.
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di negara ini.