awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Adibah Noor

Bernama
Bernama
19/06/2022
07:09 MYT
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Adibah Noor
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penyanyi dan pelakon, Adibah Noor yang meninggal dunia semalam. - Gambar Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penyanyi dan pelakon, Adibah Noor yang meninggal dunia semalam.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan sama menerusi catatan di Facebook Istana Negara hari ini.
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Adibah Noor dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar selain tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
"Seri Paduka Baginda turut menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai kehilangan besar kepada dunia seni tanah air," menurut catatan itu.
Adibah Noor Mohamed Omar, 51, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini, kira-kira 7.45 malam semalam akibat kanser ovari tahap empat.
Jenazah Allahyarhamah dimandi dan dikafan di Masjid Al-Ansar Taman Keramat, kira-kira 9.20 pagi tadi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, di sini sekitar 12 tengah hari. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adibah Noor
#Adibah Noor meninggal dunia
#Yang di-Pertuan Agong
#zahir ucapan takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan