awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, PM mesyuarat Pra-Kabinet secara sidang video

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
15/04/2020
04:25 MYT
Agong, PM mesyuarat Pra-Kabinet secara sidang video
Sesi itu berlangsung selama 45 minit dari pukul 8.30 pagi, dengan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri berbual mesra dan saling bertanya khabar. - Foto Istana Negara
Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengadakan sesi Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu sidang video di Istana Negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata sesi itu diadakan secara dalam talian susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga.
“Al-Sultan Abdullah turut berkenan supaya mesyuarat Pra-Kabinet diteruskan menerusi sidang video semasa PKP ini berjalan untuk Seri Paduka Baginda berbincang dengan Muhyiddin, khususnya berkenaan isu semasa.
“Ini mencerminkan keprihatinan tinggi Al-Sultan Abdullah terhadap pentadbiran negara dan kesejahteraan rakyat kerana secara lazimnya, Seri Paduka Baginda akan berangkat ke Istana Melawati di Putrajaya untuk mesyuarat-mesyuarat Pra-Kabinet,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ahmad Fadil berkata, sesi itu berlangsung selama 45 minit dari pukul 8.30 pagi, dengan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri berbual mesra dan saling bertanya khabar, selain penuh teliti, ketika sesi perbincangan itu.
Beliau turut memaklumkan, Perdana Menteri juga merakamkan penghargaan kepada Al-Sultan Abdullah atas keprihatinan baginda supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos 2020.
Topic Berkaitan
#Ahmad Fadil Shamsuddin
#Al-Sultan Abdullah
#Emolumen Diraja
#Istana Negara
#kerajaan
#Muhyiddin Yassin
#pra-kabinet
#sidang video
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan