PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis makan malam gala diraja, sempena 65 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan India, anjuran Konsortium Industri India di Malaysia (CIIM).
Majlis yang diadakan malam tadi dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi India ke Malaysia itu juga bertujuan untuk memperingati 15 tahun penubuhan CIIM di Malaysia.
Pengerusi CIIM, Datuk Umang Sharma, dalam ucapan berkata CIIM telah ditubuhkan pada 2005 yang mewakili Korporat India di Malaysia dengan objektif untuk mewujudkan hubungan antara syarikat India dan pelbagai pemegang kepentingan industri di Malaysia.
"Apabila perjanjian percukaian Malaysia-India Double sedang dirundingkan, CIIM memainkan peranannya dengan memberi maklum balas dan cadangan kepada kerajaan mengenai isu yang dihadapi oleh industri," katanya.
Turut hadir pada majlis itu Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B.N.Reddy dan beberapa kenamaan lain termasuk anggota kor diplomatik.
Beliau berkata terdapat lebih 250 syarikat India beroperasi di Malaysia dan telah melabur lebih AS$3 bilion selain mengupah lebih 100,000 rakyat Malaysia.
"Pada tahun lepas perdagangan dua hala Malaysia India mencatatkan sebanyak AS$20 bilion tahun. Ekonomi India berkembang pada 8.6 peratus pada 2021 dan dijangka berkembang pada tujuh peratus tahun ini," katanya.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong menyertai Golf Invitational Tournament yang julung kali diadakan yang turut disertai oleh 120 pemain golf.
Pada majlis makan malam itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menerima cenderahati yang dihasilkan oleh keturunan pengukir yang membina Taj Mahal.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilihat beramah mesra bersama beberapa orang kenamaan ketika tiba di majlis makan malam gala diraja. - Foto BERNAMA

Dikutuk buka purdah, bersolek, bekas isteri Virgoun minta haters block dirinya
Tindakan mantan isteri penyanyi Virgoun, Inara Rusli membuka purdah selepas mantap mahu bercerai menuai pro dan kontra dalam kalangan pengguna media sosial.

Spotify umum buang 200 kakitangan podcast
Spotify Technology SA mengumumkan akan mengurangkan lagi 200 tenaga kerja unit podcast dalam pusingan kedua penstrukturan syarikat tersebut.

Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila punggungnya tercucuk besi pagar sedalam 15 sentimeter di kediaman keluarganya di Sabak Bernam.

Kanak-kanak 2 tahun dipercayai keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape
Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.

Mangsa banjir di Bukit Raja dibenarkan pulang
Kesemua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang dekat sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Langkah adaptasi dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang - Pengarah Eksekutif UN-Habitat
Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata langkah adaptasi iklim dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang.

China komited kepada kedamaian kerjasama dan pembangunan
China akan memelihara kedamaian dunia dengan tindakan konkrit di samping aktif menyumbang untuk menawarkan lebih banyak produk keselamatan awam kepada masyarakat antarabangsa.

Al-Sultan Abdullah berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran
Ia merupakan istiadat pengurniaan darjah kebesaran terakhir yang disempurnakan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Agong berkenan berangkat bertemu Raja Jordan Raja Abdullah II
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat bertemu dengan Raja Jordan Raja Abdullah II di Beit Al Urdun, Amman.

Agong berangkat bertemu Putera Albert II di Palace of Monaco
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bertemu dengan Putera Monaco Putera Albert II di Palace of Monaco, semalam (27 Mei).

Al-Sultan Abdullah imbau kenangan masa kecil di Istana Mangga Tunggal
Seri Paduka meluangkan masa lebih setengah jam melawat istana yang dibina oleh seorang tukang Melayu yang mahir.

Agong, Permaisuri berkenan lawat bazar Ramadan di Labuan Walk
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan meluangkan masa melawat Bazar Ramadan, Labuan.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis makan malam gala diraja
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis makan malam gala dira

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga mendiang M.Ramayah
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga legenda golf negara M.Ramayah yang meninggal dunia hari ini.

Agong zahir ucapan Selamat Hari Tentera Darat ke-90
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-90 kepada seluruh warga angkatan Tentera Darat.

Agong berangkat ke Abu Dhabi, UAE untuk lawatan khas
Pesawat khas membawa Seri Paduka dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada 3.15 petang waktu tempatan.

Agong berangkat hadir hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 di Istana Negara, hari ini.