awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke UK bagi lawatan khas

Bernama
Bernama
09/10/2022
15:39 MYT
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke UK bagi lawatan khas
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada 9.30 malam. - Gambar/ Bernama
SUBANG: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke London malam ini bagi mengadakan lawatan khas ke United Kingdom (UK) bermula esok hingga 16 Okt ini.
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada 9.30 malam.
Antara yang hadir untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka berdua ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun dan Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.
Sebelum berangkat, Seri Paduka berdua menerima tabik Hormat Diraja daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja yang terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota lain-lain pangkat.
Turut berangkat anakanda Seri Paduka iaitu Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan 'Athiyatullah.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke UK
BACA: Agong, Permaisuri berangkat ke London untuk lawatan khas bermula esok
Dalam rangka lawatan khas itu, Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Raja Britain Raja Charles III di Istana Buckingham pada 12 Okt.
Pada hari sama (12 Okt), Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut dijadualkan berangkat menyempurnakan majlis perasmian Stesen Janakuasa Battersea, projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia di London.
Stesen janakuasa berkeluasan 16.99 hektar itu adalah projek hartanah membabitkan usaha sama Sime Darby Property, SP Setia Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Berhad sejak 2012 dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM51.53 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah
#Lawatan Khas ke UK
#Raja Charles III
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan