awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan kepada warga Istana Negara

Bernama
Bernama
28/01/2024
07:30 MYT
Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan kepada warga Istana Negara
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan penghargaan itu pada program Malam 1000 Kenangan di Istana Negara pada Jumaat lepas. - Gambar/ FB Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Istana Negara yang berkhidmat dengan cemerlang sepanjang lima tahun tempoh pemerintahan baginda.
Menurut hantaran di Facebook Istana Negara hari ini, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan penghargaan itu pada program Malam 1000 Kenangan di Istana Negara pada Jumaat lepas.
Keberangkatan Seri Paduka berdua ke program itu diiringi paduka-paduka anakanda.
Program anjuran warga Istana Negara di bawah kelolaan Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini itu adalah hadiah istimewa khas buat Seri Paduka berdua sempena tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan ini.
Pada program itu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkongsi pengalaman manis lima tahun bersemayam di Istana Negara serta sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong selain berkenan mendendangkan empat lagu.
Pegawai dan warga Istana Negara pula mempersembah bakat terpendam masing-masing menerusi pelbagai persembahan sketsa, nyanyian dan tarian.
Di penghujung program, Seri Paduka berdua dipersembah tayangan video khas dan persembahan kilat berkumpulan atau flash mob oleh seluruh warga Istana Negara diikuti nyanyian lagu patriotik Setia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#terima kasih
#warga Istana Negara
#Al-Sultan Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan