awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Wesak

Bernama
Bernama
12/05/2025
01:30 MYT
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Wesak
'Selamat Hari Wesak diucapkan kepada semua penganut agama Buddha di negara ini,' titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha di negara ini.
Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Seri Paduka Baginda bertitah hubungan erat antara kaum bukan sahaja menjadi asas kekuatan negara malah tunjang perpaduan.
"Dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini, keharmonian tercipta apabila kita saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.
"Bersama-sama kita membina masa depan yang lebih aman, bersatu-padu serta makmur. Selamat Hari Wesak diucapkan kepada semua penganut agama Buddha di negara ini," titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Hari Wesak disambut penganut Buddha hari ini sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha, iaitu kelahirannya, penyedaran dan hari dia meninggal dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Wesak
#Raja Permaisuri Agong
#Sultan Ibrahim
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami