awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada Wan Junaidi

Bernama
Bernama
12/10/2024
04:30 MYT
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada Wan Junaidi
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran Rasmi kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melalui poster di Facebook.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran Rasmi kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ringkasan AI
  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran Rasmi kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melalui poster di Facebook.
  • Sambutan ulang tahun ke-78 ini adalah yang pertama bagi Wan Junaidi selepas mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 29 Januari 2024, menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud.
  • Sarawak meraikan ulang tahun ini selama tiga hari bermula 10 Oktober, dengan tujuh acara utama termasuk majlis kesyukuran, jamuan negeri, dan istiadat perbarisan.

Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-78 Wan Junaidi merupakan sambutan pertama beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 29 Jan 2024.
Wan Junaidi mengangkat sumpah jawatan bagi tempoh empat tahun, menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.
Sarawak meraikan sambutan ulang tahun itu selama tiga hari bermula Khamis (10 Okt), dengan penganjuran tujuh acara utama antaranya majlis kesyukuran, majlis jamuan negeri, Istiadat Perbarisan dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Raja Permaisuri Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan