awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah buat Putera Mateen dan pasangan

Bernama
Bernama
15/01/2024
08:20 MYT
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah buat Putera Mateen dan pasangan
Putera Abdul Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Ali Saifuddien pada Khamis lepas. - Gambar/ Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat pengantin baharu dan setinggi-tinggi tahniah kepada anakanda Sultan Brunei Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama pasangannya Dayang Anisha Rosnah yang telah selamat diijabkabulkan.
Turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan pengantin Diraja itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi satu hantaran di Instagram Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua mendoakan semoga pasangan Diraja itu sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan dilimpahi keberkatan, kebaikan, keafiatan dan kebahagiaan.
"Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah atas persilaan berangkat menghadiri Istiadat Bersanding Pengantin Diraja semalam," menurut hantaran itu.
Putera Abdul Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Ali Saifuddien pada Khamis lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Brunei
#Putera Mateen
#ucapan tahniah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan