awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong sempurnakan pelancaran Misi Penghantaran Barang Keperluan Ke Pangkalan Hadapan

Bernama
Bernama
24/11/2023
09:56 MYT
Agong sempurnakan pelancaran Misi Penghantaran Barang Keperluan Ke Pangkalan Hadapan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melihat barang makanan kering selepas menyempurnakan gimik pelepasan Misi Penghantaran Barang Keperluan Ke Pangkalan Hadapan. - Foto BERNAMA
JERANTUT: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenaan menyempurnakan pelancaran Misi Penghantaran Barang Keperluan Ke Pangkalan Hadapan di Mukim Hulu Tembeling di sini, sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh.
Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Pahang Datuk Sabariah Saidan dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang Siti Nor Hasma Mat Isa.
Pada majlis berkenaan, Seri Paduka berkenan melakukan gimik pelepasan lima bot, sebuah lori dan dua kenderaan pacuan empat roda membawa muatan barangan makanan seberat 19 tan untuk ditempatkan di enam pangkalan hadapan Mukim Hulu Tembeling.
Pangkalan hadapan bagi menyimpan barang makanan kering antaranya beras, minyak, gula, biskut dan teh di mukim berkenaan terletak di Kampung Kuala Sat, Kampung Pagi, Kampung Mat Daling, Kampung Bantai, Kampung Gusai dan Kampung Orang Asli Sungai Kuching.
Daerah Jerantut keseluruhannya mempunyai 19 pangkalan hadapan yang akan menempatkan lebih 44 tan barang makanan kering sebagai persiapan Monsun Timur Laut di Pahang.
Terdahulu Al-Sultan Abdullah berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Kuala Sat, di sini bersama penduduk setempat dan mengurniakan bantuan kepada 150 asnaf.
Baginda kemudiannya turut mencemar duli mengunjungi beberapa rumah penerima bantuan JKM di sekitar Kampung Kuala Sat, di sini dan berkenan mengurniakan sumbangan peribadi dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Misi Penghantaran Barang Keperluan
#pangkalan hadapan
#mukim hulu tembeling
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan