awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ATM mohon pertimbangan PM pelepasan perolehan dana bagi perbelanjaan operasi
Hutan di Taman Botani Pulau Pinang terbakar
Kebakaran hutan di Australia Barat, perintah pemindahan dikeluarkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong terima kunjungan hormat Jusuf Kalla

Bernama
Bernama
17/09/2024
06:15 MYT
Agong terima kunjungan hormat Jusuf Kalla
Pertemuan Seri Paduka Baginda dan Jusuf Kalla berlangsung selama hampir 30 minit di Istana Negara. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan hormat bekas Naib Presiden Indonesia Muhammad Jusuf Kalla hari ini.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan Seri Paduka Baginda dan Jusuf Kalla berlangsung selama hampir 30 minit di Istana Negara.
Hadir sama pada pertemuan itu ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zailani Hashim.
Jusuf Kalla pernah menjawat jawatan Naib Presiden Indonesia sebanyak dua kali iaitu dari tahun 2004 hingga 2009 bersama Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan untuk tempoh 2014 hingga 2019 bergandingan dengan Presiden Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#kunjungan hormat
#Muhammad Jusuf Kalla
#bekas Naib Presiden Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan