ROMPIN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau proses naik taraf jeti Kampung Tekek, Pulau Tioman di sini, yang merupakan antara laluan masuk utama ke pulau peranginan itu.
Keberangkatan Al-Sultan Abdullah ke jeti itu, diiringi oleh anakanda Seri Paduka, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.
Turut hadir ialah barisan pentadbiran kerajaan negeri Pahang yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pada tinjauan itu, Al-Sultan Abdullah juga berkenan mendengar taklimat ringkas proses menaik taraf jeti itu daripada pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang Datuk Hafizah Zakaria.
Selepas meninjau jeti Kampung Tekek, Al-Sultan Abdullah turut mencemar duli ke Kampung Salang, juga di Pulau Tioman untuk ke jamuan rakyat bersama penduduk di situ.
Tinjauan itu merupakan sebahagian daripada pengisian program lawatan kerja Seri Paduka ke Pulau Tioman selama dua hari yang bermula semalam.
Sementara itu seorang pengusaha resort yang ditemui di sini, Zainal Abdullah, 47, berkata beliau berharap kunjungan Seri Paduka bagi meninjau jeti Kampung Tekek itu dapat membantu mempercepatkan proses naik taraf jeti berkenaan, untuk kemudahan pelancong dan penduduk.
Menurutnya pergerakan feri dan bot yang masuk ke Kampung Tekek ketika ini menggunakan jeti marina yang terletak berhampiran dengan jeti asal.
"Walaupun feri dan bot masih boleh masuk ke sini, namun diharapkan jeti yang dinaik taraf itu dapat memastikan proses keluar masuk pulau berjalan lebih selesa dan lancar.
"Ia juga secara tak langsung menjadi nilai tambah untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong, seterusnya menambah pendapatan penduduk tempatan kerana majoriti kami terlibat dengan bidang pelancongan," katanya yang mengusahakan 12 bilik penginapan di Kampung Tekek.
Pengusaha kenderaan sewa Mazlan Mohd Salleh, 54, yang senada menambah, penduduk Pulau Tioman mahu 'bangkit semula' selepas lama terkesan dengan pandemik COVID-19, menyebabkan mereka amat berharap agar proses naik taraf jeti itu dapat disiapkan mengikut waktu.
Berdasarkan jadual, projek yang bermula pada tahun lepas itu dijangka siap pada tahun 2024 dan Mazlan secara peribadi juga berharap pengurusan jeti dapat diperkemaskan antara feri penumpang dan kargo, bagi meningkatkan imej pulau di mata pelancong.
"Kita harap ketibaan feri penumpang diselia dan tidak bertembung dengan feri kargo... biar mereka (pelancong) tiba dengan selesa di sini kerana ia boleh menarik mereka untuk kembali semula pada masa akan datang," katanya yang telah 32 tahun menetap di situ.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023
Yang di-Pertuan Agong meninjau proses naik taraf jeti Kampung Tekek dan menerima sembah taklimat daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang Datuk Hafizah Zakaria berhubung kemajuan projek tersebut. - Foto BERNAMA
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.