awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong zahir takziah kepada keluarga Lim Kok Wing

Bernama
Bernama
02/06/2021
03:56 MYT
Agong zahir takziah kepada keluarga Lim Kok Wing
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berharap agar seluruh keluarga mendiang Lim Kok Wing bersabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tan Sri Lim Kok Wing atas pemergian pengasas dan presiden Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing itu.
Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Istana Negara malam tadi, Seri Paduka turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang dan berharap agar seluruh keluarganya bersabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.
"Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti serta jasa mendiang kepada masyarakat dan dunia pendidikan inovatif negara," demikian menurut kenyataan itu.
Semalam, Lim meninggal dunia pada usia 75 tahun dan berita mengenai kematian itu dimaklumkan Limkokwing University melalui satu kenyataan.
Sebelum ini, tokoh itu dilaporkan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas terjatuh di kediamannya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#lim kok wing
#Limkokwing University
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan