awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAP perkukuh akses pendidikan, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI
Amaran Donald Trump: AS akan campur tangan jika Iran bunuh penunjuk perasaan
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong zahir takziah kepada keluarga mendiang Koperal Baharuddin

Bernama
Bernama
25/11/2020
11:50 MYT
Agong zahir takziah kepada keluarga mendiang Koperal Baharuddin
Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian Baharuddin, dan berharap agar seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah. Gambar/ Instagram @Istana Negara
KUALA LUMPUR:Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mendiang Koperal Baharuddin Ramli, yang terkorban ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand pada awal pagi semalam.
Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian Baharuddin, dan berharap agar seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu ini.
"Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti serta jasa mendiang kepada masyarakat dan negara.
"Seri Paduka Baginda berdua turut menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan yang besar buat Pasukan Gerakan Am dan negara," demikian menurut kenyataan itu.
Baharuddin, 54, orang asli dari suku kaum Semelai dilaporkan terbunuh manakala seorang lagi parah dalam kejadian berbalas tembak dengan kumpulan penyeludup di Tembok Sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis awal pagi semalam.
Mendiang daripada Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, PGA, terkena tembakan di bahagian kiri perut, mati di tempat kejadian manakala rakan setugasnya Koperal Norihan Tari dari Pos Kawalan Sempadan, berada dalam keadaan kritikal akibat tiga das tembakan di rusuk serta perut dan kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGA
#ditembak
#Koperal Baharuddin Ramli
#Senoi Praaq
#Yang di-Pertuan Agong
#Seri Paduka
#takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan