awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
KPDN Pulau Pinang bongkar tiga sindiket seleweng minyak masak subsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#AgongKita Istiadat Pertabalan: Petugas media berkumpul di pintu utama Istana Negara seawal 6 pagi

Bernama
Bernama
20/07/2024
00:45 MYT
#AgongKita Istiadat Pertabalan: Petugas media berkumpul di pintu utama Istana Negara seawal 6 pagi
Pengamal media berkumpul bagi membuat liputan sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di pintu utama Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Keterujaan untuk menyaksikan Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dirasai di pekarangan Istana Negara di sini seawal 6 pagi tadi.
Wakil media pelbagai agensi sama ada dari dalam dan luar negara berkumpul dan bersiap sedia untuk membuat liputan istiadat penuh simbolik dan hanya dapat disaksikan lima tahun sekali itu.
Walaupun hanya berada di luar pintu utama Istana Negara, petugas media tetap mengikut etika pemakaian terutama lelaki yang tampil segak mengenakan baju Melayu hitam, bertanjak, bersamping dan berbengkung serta lengkap dengan keris.
Petugas media wanita pula anggun mengenakan baju kurung dan selendang.
Cuaca pada pagi ini cerah seperti yang diramalkan Jabatan Meteorologi semalam.
Pekarangan pintu utama Istana Negara dikawal rapi oleh anggota pasukan keselamatan antaranya Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia bagi menantikan keberangkatan tiba Sultan dan raja-raja Melayu ke istiadat itu.
Sultan Ibrahim melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Pertabalan
#Istana Negara
#Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan