KUALA LUMPUR: Kegiatan ah long Bangladesh terbongkar dengan tertangkapnya dua lelaki termasuk dalang utama sindiket itu dalam serbuan di sebuah premis kediaman di Bukit Bintang, dekat sini awal pagi Khamis.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, dalam serbuan jam 1 pagi itu, kedua-dua suspek yang merupakan warga Bangladesh enggan memberi kerjasama malah cuba melarikan diri.
"Pasukan operasi terpaksa memecahkan pintu premis untuk melakukan pemeriksaan. Terdapat lima warga asing berada di premis berkenaan.
"Soal siasat terhadap penghuni rumah mendapati suspek utama yang dikenali sebagai Ah Long Bangladesh telah melarikan diri dengan melompat ke koridor rumah bersebelahan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Khairul Dzaimee berkata, pasukan operasi berjaya menemui suspek yang bersembunyi di tingkat tiga bangunan bersebelahan.
Dalam pada itu, menurut beliau, modus operandi sindiket adalah dengan memberi pinjam dan kiriman wang kepada warga asing di sekitar ibu negara.
Sembilan pasport Bangladesh dan wang tunai berjumlah RM50,000 turut ditemui dalam serbuan di sebuah premis kediaman di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, awal pagi Khamis.
"Sindiket dipercayai aktif sejak setahun lalu dan menyasarkan warga Bangladesh sebagai pelanggan.
"Sindiket turut menubuhkan syarikat secara sah untuk mengaburi kegiatan mereka daripada pihak berkuasa," katanya
Sementara itu, sebanyak sembilan keping pasport Bangladesh dan wang tunai berjumlah RM50,000 hasil kegiatan tersebut ditemui dalam serbuan berkenaan.
"Turut ditemui beberapa kontrak penyewaan bangunan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan berkenaan," ujarnya.
Khairul Dzaimee berkata, kedua-dua suspek yang berusia 23 dan 41 tahun itu direman di Depot Imigresen Semenyih selama 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 untuk membantu siasatan.
"Kedua-dua suspek juga disiasat di bawah Akta Pasport 1950 (Akta 150) dan Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001(Akta 613)," katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Sep 03 2021
Dalang utama sindiket dikenali sebagai Ah Long Bangladesh turut ditahan dalam serbuan di sebuah premis kediaman di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, awal pagi Khamis. - Foto Sinar Harian
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf
Fahmi membidas kenyataan Wan Saiful yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai Isnin depan.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur
Seorang pemandu lori terkejut dan bingung selepas mendengar tembakan di pekarangan rumahnya ketika sedang tidur.
Kerajaan naikkan gaji walaupun warisi hutang
Walaupun mewarisi hutang yang besar, kerajaan tidak melepaskan tanggungjawab untuk menjaga dan membela nasib penjawat awam, untuk menaikkan gaji.
Kenaikan gaji hargai penjawat awam termasuk pasukan bomba - Anwar
Keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka terutama ketika negara berdepan bencana dan kejadian tidak diingini.
Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang untuk kejohanan dunia
Apa 'kata-kata hikmat' yang disampaikan oleh Juara Dunia sebanyak lapan kali, Datuk Nicol David, kepada Sivasangari?
Pesawat terhempas: Polis serah siasatan kepada CAAM
Polis serahkan kepada pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) membuat siasatan berhubung pesawat ringan terhempas di Trolak, Perak.
Ah Long Bangladesh dicekup
Sembilan pasport Bangladesh dan wang tunai berjumlah RM50,000 turut ditemui dalam serbuan di sebuah premis kediaman di Bukit Bintang.