KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari bertekad mengenepikan segala bantuk gangguan dalam usaha meneruskan prestasi cemerlangnya baru-baru ini dan mengikuti jejak legenda skuasy negara Datuk Nicol David, dengan memenangi Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Kaherah, Mesir pada 9-18 Mei ini.
Sivasangari, yang baru-baru ini menduduki ranking ke-11 dunia iaitu pencapaian tertingginya, menjulang piala Kejohanan Skuasy Klasik London bertaraf Emas di Alexandra Palace, London pada bulan lepas yang merupakan kemenangan terbesar dalam kerjaya profesionalnya.
Bagaimanapun, kejayaan terbaharu itu membuatkan dia tidak dapat mengelak daripada dibandingkan dengan Juara Dunia lapan kali dan bekas pemain nombor 1 dunia, Nicol yang dianggap sebagai pemain wanita paling hebat dalam sejarah sukan itu.
"...sudah tentu selepas Klasik London ini tekanan semakin bertambah, oleh sebab itu saya bersama Jesse Engelbrecht berusaha untuk mengenepikan semua gangguan tersebut. Secara umumnya, tekanan adalah gangguan kerana kita hanya boleh mengawal sesuatu yang ada dalam kawalan kita. Kadangkala memang sukar bagi saya apabila dibandingkan dengan Nicol.
"Nicol sendiri ada datang pada saya dan berkata, 'setiap orang itu unik'. Dia mempunyai laluan berbeza, dan Nicol telah mencapai apa yang telah dia capai. Saya orang baharu dan berbeza. Rasa seronok apabila mendengar kata-kata itu daripada dia," katanya.
Sivasangari berpendapat menjadi Juara Dunia sebanyak lapan kali merupakan satu kejayaan yang amat luar biasa dan dia sendiri sendiri tidak tahu bagaimanapun Nicol boleh melakukannya.
"El Sherbini berada di landasan itu sekarang, yang sekali lagi saya anggap sesuatu yang menakjubkan kerana bagi saya bermimpi untuk sekadar memiliki satu Juara Dunia sahaja sesuatu yang saya perlu berusaha keras ke arahnya. Sudah tentu ia jadi impian dan matlamat yang ingin saya capai pada masa depan," katanya menerusi kenyataan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
Begitu pun, kejayaan Sivasangari di Klasik London juga disifatkan sebagai satu pencapaian luar biasa melihat kepada perjalanannya untuk kembali ke sukan itu selepas daripada kemalangan kereta yang serius dialaminya pada 2022 yang mengakibatkankan keretakan pada leher dan muka.
Akibat kemalangan itu Sivasangari terpaksa mengenakan alat bantuan pada leher selama berbulan-bulan, yang ketika itu dilihat bukan sahaja boleh menyebabkan pengakhiran kepada kerjaya skuasynya yang baru sahaja bermula bahkan kecederaan itu berpotensi merubah hidupnya sepanjang hayat.
Menurutnya bagi setiap pemain skuasy memenangi Juara Dunia merupakan satu impian yang menjadi kenyataan, tetapi untuk namanya terukir pada piala tersebut adalah sesuatu yang besar dan menakjubkan.
Jelajah Dunia PSA memaklumkan Sivasangari telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik bagi Mac/April selepas menerima 65 peratus undian bagi anugerah itu dalam tinjauan menerusi laman sosial Instagram Jelajah Dunia PSA, dengan Satomi Watanabe dan Nouran Gohar turut dicalonkan.
Anugerah itu melengkapkan kejayaan luar biasa pemain nombor satu Malaysia itu, yang menumbangkan pemain nombor satu dunia Nour El Sherbini dari Mesir, nombor empat dunia Nele Gilis dari Belgium dan nombor tiga dunia Hania El Hammamy dari Mesir untuk merangkul kejuaraan Klasik London iaitu gelaran sulung bertaraf Emas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Sivasangari berpendapat menjadi Juara Dunia sebanyak lapan kali merupakan satu kejayaan yang amat luar biasa dan dia sendiri sendiri tidak tahu bagaimanapun Nicol boleh melakukannya. - Gambar fail
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Skuasy: Sivasangari calon pemain terbaik anugerah PSA
Jaguh skuasy negara S Sivasangari merupakan antara lima pemain wanita terbaik dunia yang dicalonkan bagi merebut gelaran Pemain Terbaik Wanita Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
Cabaran hebat menanti Sivasangari, Eain Yow pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari mengetuai kemaraan pemain Malaysia dalam kempen Kejohanan Skuasy Dunia 2024 di Mesir.
Sivasangari dinobatkan Atlet Terbaik April oleh The World Games
Ia sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlangnya merangkul juara sulung kejohanan London Classic dengan mengalahkan pemain terbaik dunia, bulan lepas.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Menurut Rizal, Sivasangari perlu diberi peluang melalui proses pembinaan kerjaya yang betul, sekali gus mengelak tekanan tinggi.
Sivasangari cipta sejarah juara Skuasy Klasik London
Pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia itu menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.
Skuasy Klasik London: Sivasangari singkir pemain No. 1 dunia El Sherbini
Juara Sukan Asia 2022 itu mengambil masa 24 minit untuk mencipta kejutan ke atas El Sherbini 11-9, 11-9.
Skuasy: Sivasangari hampir ketepikan juara bertahan Cleveland
S Sivasangari tewas kepada lawannya dari Georgina Kennedy dari England di separuh akhir, malam tadi.
Sivasangari mara ke separuh akhir di Cleveland
Pemain wanita tunggal kedudukan ke-16 dunia itu menumpaskan Alicia Mead dari England 11-6, 11-8, 11-8 dalam masa 23 minit.
Sivasangari rangkul gelaran juara di Hong Kong
Ratu skuasy negara S. Sivasangari melakar kejayaan membanggakan selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Kelab Bola Sepak Hong Kong hari ini.