awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
Pelancongan desa Selangor berpotensi jadi model rujukan nasional kempen TMM2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ah Long dikesan jual kad ATM RM300

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/01/2020
07:46 MYT
Ah Long dikesan jual kad ATM RM300
Sindiket pinjaman wang tidak wujud atau Ah Long kini dikesan menjual kad juruwang automatik (ATM) milik peminjam dengan hanya RM300 kepada pihak tertentu bertujuan mengaut keuntungan. - Gambar hiasan
Beli kad ATM hanya RM300.
Itu kegiatan terbaharu dikesan polis terhadap sindiket pinjaman wang tidak wujud atau Ah Long yang menjual kad juruwang automatik (ATM) milik peminjam dengan hanya RM300 kepada pihak tertentu bertujuan mengaut keuntungan.
Kegiatan itu terbongkar berikutan beberapa siri tangkapan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.
Perkara itu didedahkan Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berikutan ada tangkapan membabitkan sindiket itu dan hasil soal siasat mendapati sindiket itu dipercayai menjual kad ATM milik peminjam mereka.
Lazimnya, peminjam yang ingin membuat pinjaman kepada Ah Long akan menyerahkan kad ATM kepada sindiket terbabit sebagai cagaran, namun tidak mengetahui kad berkenaan dijual kepada pihak tertentu.
Beliau berkata, ada dalam kalangan ahli sindiket itu tugasnya hanya mencari kad ATM dan menjualnya dengan harga yang murah iaitu RM300 sekeping.
"Apabila ada kemasukan wang dalam akaun berkenaan, mangsa tidak boleh melakukan pemeriksaan dalam akaun berkenaan kerana ia sudah dijual kepada pihak lain.
"Daripada yang kita tangkap kita dapati kad-kad ini dibeli (oleh) ahli-ahli sindiket. Kerja (tugas) mereka cari kad (ATM) saja. (Justeru) kita minta berhati-hati tentang kad-kad ATM," kaya Mohd Zakaria.
Beliau berkata demikain selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Hal Ehwal Pesara Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Afandi Senin dan Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Muhammad Azlee Abdullah.
Pada majlis itu, seramai 396 pegawai dan anggota menerima pingat Jasa Pahlawan Negara yang mana 101 daripada mereka yang masih berkhidmat dalam PDRM manakala 295 orang merupakan pesara.
Dalam pada itu Mohd Zakaria menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah memberi kad ATM kepada pihak lain kerana ia boleh menyebabkan mangsa menanggung kerugian.
Beliau berkata, orang ramai juga jangan mudah memberi kad ATM terutama kepada majikan yang minta untuk disimpan kerana bimbang disalah gunakan pihak tertentu.
Topic Berkaitan
#abatan Siasatan Jenayah Komersil
#Ah Long
#ATM
#jual kad ATM RM300
#kad juruwang automatik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan