Ketika ahli keluarga penumpang dari China sudah tiba di Kuala Lumpur, ahli keluarga dua penumpang warga Australia, Rodney Burrows dan Mary Burrows membuat keputusan untuk tidak berbuat demikian.

Mereka turut bingung kerana setakat ini tiada petunjuk mengenai kehilangan pesawat malang itu.

Rodney, 59 dan Mary, 54 adalah antara pasangan suami isteri yang merupakan antara 239 penumpang pesawat MH370.

Kedua ibu bapa Rodney, menyatakan bahawa mereka hanya ingin anak dan menantu mereka berada dalam keadaan selamat.

Keluarga Rodney juga masih belum membuat keputusan untuk datang ke Malaysia, selagi pesawat tersebut belum dijumpai.

Seorang penumpang yang kerap melancong mengatakan bahawa perkara sebegini boleh terjadi kepada mana-mana lapangan terbang di dunia.