KUALA LUMPUR:Para pemerhati menggesa Ahli Parlimen untuk mengetepikan perbezaan mereka dan mencapai kata sepakat untuk meluluskan cadangan Belanjawan 2021 pada sesi pengundian di Parlimen, yang dijangka pada 25 Nov.
Pengurus Penyelidikan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Lau Zheng Zhou berkata, adalah normal bagi Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan dan untuk perubahan dapat dilihat dalam dokumen belanjawan akhir.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, jika belanjawan tidak diluluskan, ia akan memberi kesan yang besar kepada kestabilan politik negara dan keberkesanannya dalam menangani krisis pandemik COVID-19.
"Oleh itu, kerajaan dan pembangkang perlu berusaha menunjukkan kepimpinan dengan mencapai kata sepakat dan memberikan belanjawan yang benar-benar dapat membantu rakyat Malaysia pulih dengan lebih baik," katanya kepada Bernama.
Belanjawan 2021 kini sedang dibahaskan di Dewan Rakyat dan beberapa Ahli Parlimen telah menyatakan tidak akan menyokongnya melainkan pindaan dibuat seperti pelaburan yang besar dibuat dalam Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).
Secara keseluruhannya, kumpulan pemikir itu yakin bahawa langkah-langkah utama yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021 adalah seimbang dari segi liputannya kepada kumpulan penduduk mudah terjejas, aktiviti ekonomi dan perniagaan.
Lau berkata, Belanjawan 2021 bertujuan untuk mengekalkan keseimbangan antara menangani kehilangan pekerjaan dan pendapatan dalam masa terdekat dan meletakkan asas kepada pemulihan dalam jangka sederhana dan jangka panjang.
Beliau berkata, belanjawan adalah lanjutan daripada empat pakej rangsangan ekonomi, memandangkan negara memasuki tahap memperkasakan dalam proses pemulihan ekonomi.
Bagaimanapun, Lau berkata, Belanjawan 2021 gagal memberikan hala tuju yang kuat dan jelas mengenai bagaimana negara dapat membuat persediaan untuk pemulihan ekonomi.
"Terdapat petunjuk dalam ucapan Belanjawan 2021 yang mencadangkan bagaimana kita dapat menyusun semula model ekonomi kita, seperti memberi tumpuan kepada membawa masuk pelaburan langsung asing dalam sektor teknologi tinggi dan meningkatkan pelaburan mampan.
"Namun, ia kekurangan imaginasi, berdasarkan skala gangguan twin health dan kejutan ekonomi yang kita hadapi sebagai sebuah negara," katanya.
Lau berkata, pelan keselamatan sosial yang baharu diperlukan untuk pekerja bukan formal, terutamanya mereka yang daripada ekonomi gig.
"Mereka bukan sebenarnya pekerja, dan mereka tidak mempunyai akses kepada manfaat perubatan syarikat atau insurans kesihatan.
"Kerajaan perlu mempertimbangkan program bantuan kewangan berasingan untuk kumpulan paling mudah terjejas, seperti, di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak," katanya.
Lau berkata, terdapat pelbagai program bantuan kewangan, tetapi kumpulan yang paling mudah terjejas perlu mempunyai program berasingan untuk menangani situasi unik mereka.
Ketua Ekonomi Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB), Suhaimi Ilias berkata, Belanjawan 2021 sejajar dengan jangkaan bank pelaburan itu mengenai belanjawan pengembangan, berdasarkan jumlah peruntukan perbelanjaan sebanyak RM322.5 bilion, berbanding RM317.5 bilion pada 2019.
Sehubungan itu, defisit belanjawan akan tetap besar pada 2021 sebanyak RM84.8 bilion, tidak banyak berubah daripada anggaran defisit sebanyak RM86.5 bilion pada 2020, katanya kepada Bernama.
"Justeru, momentum rangsangan fiskal adalah kekal. Seperti biasa, yang menjadi kebimbangan ialah sama ada belanjawan itu mencukupi.
"Bagi memberi ruang kepada langkah-langkah tambahan dalam masa terdekat untuk menangani impak COVID-19 jika perlu, Belanjawan 2021 turut mencadangkan had Dana COVID-19 dinaikkan sebanyak RM20 bilion kepada RM65 bilion daripada RM45 bilion," katanya.
Suhaimi berkata, pendapatan dijangka meningkat 4.2 peratus kepada RM236.9 bilion pada 2021, dan kerajaan perlu membiayai kekurangan untuk belanjawan sebanyak RM322.5 bilion melalui pinjaman.
Beliau berkata, terdapat mudah tunai domestik yang mencukupi - dan murah, sebahagiannya berikutan langkah-langkah oleh Bank Negara Malaysia untuk mengurangkan kadar faedah dan menyuntik mudah tunai dalam ekonomi, seperti pengurangan Keperluan Rizab Berkanun dan pembelian sekuriti kerajaan dalam pasaran bon.
"Saya difahamkan bahawa pengundian mengenai Belanjawan 2021 adalah pada 25 Nov, jadi, kita akan lihat nanti. Diharapkan ahli-ahli politik akan memberi keutamaan kepada rakyat dan negara berbanding politik," katanya.
Sementara itu, Parlimen telah meluluskan kenaikan had statutori ke atas hutang domestik kerajaan kepada 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 55 peratus pada masa ini, memberi ruang kepada pinjaman yang lebih tinggi.
"Semasa Krisis Kewangan Global, had statutori ke atas hutang domestik kerajaan dinaikkan sebanyak dua kali, daripada 40 peratus daripada KDNK kepada 45 peratus pada Jun 2008, dan kemudian kepada 55 peratus daripada KDNK pada Julai 2009.
"Sama ada terdapat keperluan untuk menaikkan lagi daripada paras siling semasa sebanyak 60 peratus daripada KDNK bergantung kepada prestasi ekonomi dalam tempoh 12 bulan akan datang," katanya, sambil menambah prospek pertumbuhan ekonomi pada tahun depan bergantung kepada perkembangan mengenai pandemik COVID-19, dasar dan politik.
Beliau berkata, pandangan ahli ekonomi, termasuk agensi antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa, ialah ekonomi akan pulih pada 2021, dan kerajaan memberi tumpuan kepada bahagian dasar dengan belanjawan, selain dasar monetari yang akomodatif untuk menyokong pemulihan ekonomi.
"Kinetik pandemik -- dari segi sama ada kita akan dapat menangani peningkatan kes pada masa ini dan secepat mana kita akan mendapat vaksin yang selamat dan berkesan -- adalah penting. Pokok pangkalnya adalah politik," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Nov 15 2020

Jika belanjawan tidak diluluskan oleh Ahli Parlimen, ia akan memberi kesan yang besar kepada kestabilan politik negara dan keberkesanannya dalam menangani krisis pandemik COVID-19. - Gambar fail

Dua maut kemalangan babitkan dua kenderaan di Seremban
Dalam kemalangan kira-kira 7.45 malam itu, seorang lelaki berusia 24 tahun yang merupakan pemandu Proton Saga dan penumpang wanita berusia 40 tahun, maut selepas tersepit dalam kereta berkenaan.

COVID-19: Kes positif global lebih 115 juta, kematian lepasi angka 2.5 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 115.4 juta.

UiTM FC bersedia hadapi Liga Super 2021
UiTM FC yakin dengan persediaan mereka untuk sepak mula Liga Super 2021 berhadapan Terengganu FC di Stadium UiTM, Shah Alam, Sabtu ini.

Jangan heret perlawanan ke penalti, Mora ingatkan JDT
Jurulatih berusia 41 tahun dari Mexico itu juga percaya anak buahnya tidak akan diberi laluan mudah oleh KDA FC.

Lesen peniaga, penjaja dan bayaran separuh sewaan premis dilanjutkan sehingga 31 Julai
Keputusan dibuat selepas mengambil kira senario semasa orang ramai yang terpaksa berbelanja bagi persiapan pembukaan sekolah selain menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Malaysia Airports tawar perkhidmatan saringan keselamatan kesihatan swasta
Langkah itu diharapkan dapat memudahkan penumpang KLIA kerana pelancong dapat menjalani ujian dan menunggu keputusan ujian saringan dalam persekitaran yang selesa.

MSN sangkal dakwaan amal sikap pilih kasih
Kenyataan MAKAF bahawa keputusan MSN tidak selari dengan perancangan dan kehendak persekutuan itu agak menyimpang daripada situasi sebenar.
![[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen [INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893748/33543290901614877285609_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen
![[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE) [INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893747/33543290891614877053307_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)

Agenda AWANI: Proses Mengerjakan Ibadah Umrah Ketika Pandemik COVID-19
Temu bual Nazri Kahar bersama Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, TH Travel & Services Sdn Bhd mengenai proses mengerjakan ibadah umrah ketika pandemik COVID-19 dalam Agenda AWANI.

PH mohon perkenan Agong, segerakan sidang Parlimen
Anwar berpendapat sidang Parlimen perlu dijalankan segera bagi membawa beberapa perkara penting berkaitan rakyat.

Kadar pengangguran dijangka turun antara 3.5 dan 4.0 peratus tahun ini - Public Investment Bank
Ini didorong terutamanya oleh inisiatif kerajaan di bawah inisiatif Belanjawan 2021.

Setahun Langkah Sheraton: Tiada agenda, pencapaian boleh dibangga - MP Muar dan Semporna
Tiada agenda, misi dan pencapaian yang boleh dibanggakan dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Penguncupan 5.6 peratus KDNK sudah dijangka, namun asas ekonomi masih kekal kukuh
Ekonomi negara yang menyusut sebanyak 5.6 peratus, paling rendah sejak 1998 sebenarnya sudah dijangka, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Bayaran 'one-off' RM500 petugas barisan hadapan KKM bermula 1 Mac
Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Adham Baba berharap pemberian ini dapat menyuntik semangat petugas barisan hadapan KKM.

Laporan UNICEF, UNFPA: 'Lindungi kehidupan warga miskin KL' - Nik Nazmi
Dapatan kajian berhubung kadar pengangguran dalam kalangan ketua isi rumah meningkat dua kali ganda dan satu dari tiga orang dewasa dalam isi rumah masih menganggur menunjukkan kegagalan kerajaan PN.

Kementerian Kewangan sambut baik kerjasama Malaysia-Indonesia - Tengku Zafrul
Kementerian Kewangan menyambut baik inisiatif kerajaan dalam mewujudkan gelembung perjalanan bagi merancakkan ekonomi Malaysia dan Indonesia.

Kerajaan luluskan tambahan 3,500 petugas kesihatan
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengambilan petugas tambahan itu bermula pada akhir Januari 2021.

10 tokoh dilantik anggotai Majlis Pekerjaan Negara
Menurut kenyataan PMO pada Selasa, NEC akan disokong oleh pasukan petugas peringkat tertinggi dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.

81 peratus rakyat Malaysia bimbang kehilangan pekerjaan akibat COVID-19 - Kajian
Kajian Pusat Penyelidikan EMIR Research mendapati 81 peratus daripada responden menunjukkan kebimbangan kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.