Skip to main content

Malaysia

Polis giat buru lelaki Myanmar bunuh rakan senegara

GEORGE TOWN, 11 Ogos -- Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman Datuk Azizee Ismail menerima tugas sebagai Ketua Polis Pulau Pinang pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.  --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Azizee berkata tiga rakan suspek utama terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita yang ditangkap sehari selepas kejadian akan dibebaskan dengan jaminan polis. - Gambar fail/BERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang masih giat mengesan suspek utama kes bunuh seorang lelaki Myanmar yang berlaku di Lorong IKS Juru 5, Simpang Ampat di sini pada 5 April.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata pihaknya telah mengenal pasti identiti lelaki berusia 30-an itu yang juga rakan senegara mangsa. 

Advertisement

“Polis percaya suspek masih berada dalam negara ini,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Sehubungan dengan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek untuk menghubungi balai polis berhampiran. 

Azizee berkata tiga rakan suspek utama terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita yang ditangkap sehari selepas kejadian akan dibebaskan dengan jaminan polis.

Pada 5 April, seorang pekerja kilang warga Myanmar berusia 53 tahun ditemukan maut dalam keadaan meniarap di tepi jalan dengan kesan tikaman pada bahagian rusuk. 

Suspek dikatakan memaklumkan kejadian itu kepada seorang rakan yang kemudiannya menyalurkan maklumat tersebut kepada polis pada 10.50 malam. 

Bedah siasat mengesahkan mangsa maut akibat luka tikaman pada jantung. 

Susulan kejadian itu, polis menahan dua rakan lelaki dan seorang wanita dipercayai kekasih suspek yang berusia 37 dan 38 tahun bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

-- BERNAMA 

 

 

Must Watch Video