awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Kepong gesa siasatan segera insiden serangan bom petrol

Sinar Harian
Sinar Harian
14/04/2025
09:15 MYT
Ahli Parlimen Kepong gesa siasatan segera insiden serangan bom petrol
Lip Eng berkata, penyerang terbabit merakam perbuatan itu dan menghantar video kepada mangsa, sambil memberi amaran bahawa kegagalan melangsaikan hutang akan menyebabkan gangguan harian terhadap dirinya.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera susulan insiden serangan bom petrol di sebuah rumah di Kepong Baru.
Beliau menerima aduan daripada seorang mangsa wanita yang mendakwa rumah sewanya sebelum ini telah disasarkan oleh seorang individu tempatan yang dipercayai bekerja untuk ceti haram berpangkalan di Singapura.
Lip Eng berkata, penyerang terbabit merakam perbuatan itu dan menghantar video kepada mangsa, sambil memberi amaran bahawa kegagalan melangsaikan hutang akan menyebabkan gangguan harian terhadap dirinya.
"Mangsa telah membuat laporan polis dan saya menggesa pihak polis bertindak segera dan tegas,” kata Lim dalam satu hantaran dan video di aplikasi X miliknya pada Isnin.
Video berdurasi lapan saat itu menunjukkan suspek meninggalkan satu nota di pintu pagar rumah sebelum menyalakan satu objek dan membalingnya ke dalam kawasan rumah.
Suspek kemudian melarikan diri menaiki sebuah kenderaan.
“Kuala Lumpur tidak boleh menjadi medan permainan bagi gengster. Pihak berkuasa mesti bertindak segera untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan,” tambahnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ceti haram
#Ah Long
#baling bom
#Lim Lip Eng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan