Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditemukan lemas, manakala anak saudaranya terselamat selepas sampan dinaiki terbalik di pantai Sungai Ular di sini, malam ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng (JBPM) Syed A. Jamaluddin Syed Mohamed berkata mangsa dikenali sebagai Datuk Seri Seikh Muhamad Seikh Sadarudin, 60, beralamat di Bandar Bukit Tinggi, Klang Selangor.
Manakala mangsa yang terselamat ialah Mohamad Huzaifah Ahmad, 38.
"Mangsa sebelum itu dilaporkan menaiki sampan untuk ke tengah laut sambil ditolak dari pantai oleh anak saudaranya untuk meninjau pekerja mereka yang berada di atas tongkang di tengah laut.
"Bagaimanapun ketika anak saudaranya hendak menaki bot berkenaan setelah menolak sampan hampir tiga kilometer dari pesisir pantai, ombak besar tiba-tiba memukul bot berkenaan menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam laut pada kedalaman lima meter," kata beliau.
"Mangsa cuba diselamatkan anak saudaranya, namun gagal disebabkan keadaan ombak besar pada ketinggian tiga meter," katanya ketika ditemui ditempat kejadian di sini malam ini.
Menurutnya selepas 15 minit sampan itu karam, mayat mangsa ditemui terapung oleh anak saudaranya tidak jauh dari tempat kejadian.
Anak saudaranya kemudian membawa mayat mangsa ke gigi air sebelum menghubungi bomba untuk bantuan kecemasan
"Bomba menerima laporan pada pukul 9.53 malam, tiba di lokasi 10.02 malam dengan kekuatan 12 anggota cuba memberikan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa, namun didapati telah meninggal dunia," katanya.
Mayat akan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 12 2018
Ketika anak saudaranya hendak menaki bot berkenaan setelah menolak sampan hampir tiga kilometer dari pesisir pantai, ombak besar tiba-tiba memukul bot berkenaan menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam laut. - Gambar hiasan
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Nenek empat cucu didakwa subahat culik ahli perniagaan minta tebusan RM20 juta
Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas tuduhan bersubahat melakukan penculikan bertujuan menuntut wang tebusan RM20 juta pada 13 Oktober lalu.
Tiga lelaki didakwa culik, tuntut wang tebusan RM20 juta
Seorang ahli perniagaan dan dua lelaki warganegara Vietnam didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin atas tuduhan menculik dan menuntut wang tebusan berjumlah RM20 juta, bulan lalu.
Culik ahli perniagaan: Siasatan masih berjalan, tiada tangkapan baharu
Tiada tangkapan baharu dilakukan berkaitan kes culik seorang ahli perniagaan di sini pada 13 Okt lepas, kata Ketua Polis Johor Datuk M Kumar.
GISB: Mahkamah tetap 25 Nov sebutan kes ugutan jenayah ahli perniagaan
Mahkamah Majistret menetapkan 25 Nov untuk sebutan kes ugutan jenayah, melibatkan seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan GISB.
Ahli perniagaan di sebalik pengedaran dadah di Kelantan
Ahli perniagaan didakwa menjadi individu 'belakang tabir' kepada sindiket pengedaran dadah di negeri Kelantan yang menyalurkan kewangan.
Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun
Seorang bekas juruteknik komputer sambilan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan pemenjaraan 38 tahun.
Edar ganja: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang ahli perniagaan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun kerana mengedar 9.528 kilogram (kg) ganja.
Ahli perniagaan rugi hampir RM200,000 terperdaya pembelian motosikal di Facebook
Lelaki berusia 49 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp untuk tujuan tersebut.
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
Ahli perniagaan hadapi tujuh pertuduhan tipu rakan RM580,000
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan menipu seorang lelaki melibatkan kerugian berjumlah RM580,000.