awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan didakwa guna 'Datuk' palsu, perdaya Exco kanan Melaka

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
04/01/2023
03:30 MYT
Ahli perniagaan didakwa guna 'Datuk' palsu, perdaya Exco kanan Melaka
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Rabu. - Astro AWANI
AYER KEROH: Pengasas Perkhidmatan Premium Big Blue Taxi Shamsubahrin Ismail, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran ‘Datuk’ palsu serta menipu Exco kanan megeri Melaka berhubung penjualan kereta mewah, dua tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 57 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu seorang Exco Kanan negeri Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh membabitkan pembelian sebuah kereta mewah jenis Toyota Alphard model tahun 2019 yang bernilai RM180,000.
Tindakan itu telah mendorong mangsa yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka itu menyerahkan wang sebanyak RM95,000 bagi mendapatkan kenderaan dengan nombor pendaftaran khas iaitu VVP7.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan juga denda.
Tertuduh turut berdepan satu lagi pertuduhan menggunakan gelaran dan kehormatan sebagai ‘Datuk’ untuk tujuan keuntungan peribadi tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Menteri.
Justeru dia didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama (mencegah penggunaan yang tidak betul) 1981 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5 enakmen sama.
Tertuduh boleh dipenjara antara satu hingga lima tahun atau didenda minima RM250,000 dan maksima RM500,000 atau kedua-duanya sekali.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di Pejabat Speaker Dewan Negeri, DUN Melaka, di Seri Negeri di sini pada 7 Disember 2021 lalu.
Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin mencadangkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri setiap bulan di balai polis berhampiran.
Tertuduh yang diwakili peguam Loh Chon Mee bagaimanapun merayu jumlah berkenaan dikurangkan dengan alasan anak guamnya menghidap kanser kolon dan diabetes yang kronik selain sedang menjalani kemoterapi dan dialisis sebanyak empat kali seminggu.
Tertuduh juga turut mempunyai empat lagi kes yang masih berjalan di Mahkamah Kuala Lumpur dan Selangor yang membabitkan jumlah jaminan mencecah RM110,000.
Selepas mendengar hujahan kedua pihak, Hakim Darmafikri pada penghakimannya kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan serta membenarkan syarat tambahan yang dipohon oleh pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan 7 Februari ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Topic Berkaitan
#Premium Big Blue Taxi
#Shamsubahrin Ismail
#datuk palsu
#tipu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan