Seorang ahli perniagaan ditemui mati manakala anak gadisnya melecur teruk selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan membakar rumah mereka di Pandan Perdana, petang Ahad.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu mangsa dipercayai membakar sofa ruang tamu tingkat bawah rumah teres dua tingkat sebelum naik ke bilik tidur utama di tingkat atas dan bertindak mengelar tangan kanannya dengan pisau.