awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nenek empat cucu didakwa subahat culik ahli perniagaan minta tebusan RM20 juta

Sinar Harian
Sinar Harian
10/11/2024
06:30 MYT
Nenek empat cucu didakwa subahat culik ahli perniagaan minta tebusan RM20 juta
Chan Wan Kooi dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Ahad.
JOHOR BAHRU: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas tuduhan bersubahat melakukan penculikan bertujuan menuntut wang tebusan RM20 juta pada 13 Oktober lalu.
Tertuduh, Chan Wan Kooi, 57, hanya mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin direkodkan di hadapan Hakim Hazeelia Muhammad.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan persubahatan jenayah dengan Chong Shih Ming, Luong Van Tung dan Tran Van Chung dalam melakukan kesalahan menculik seorang lelaki berusia 59 tahun dengan tujuan menuntut wang tebusan.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah dekat Jalan Straits View di sini jam 5 pagi pada 13 Oktober lalu.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 (Akta 365) dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 40 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Umar Faiz Abdul Kohar membantah sebarang jaminan diberikan terhadap tertuduh memandangkan kes itu akan didengar di Mahkamah Tinggi termasuk isu jaminan.
Bagaimanapun, peguam Datuk Jagjit Singh Bant Singh yang mewakili tertuduh memohon jaminan dibenarkan atas faktor tertuduh sudah berada dalam reman yang lama selain mempunyai masalah kesihatan iaitu sakit jantung dan perlu menjalani pemeriksaan berkala.
Ujarnya, tertuduh mempunyai tiga anak berusia antara 28 hingga 36 tahun dan mempunyai empat cucu berusia empat hingga sembilan tahun.
“Tertuduh menjaga semua cucu-cucunya. Anak guam saya menjalani pemeriksaan berkala bagi masalah kesihatannya.
“Difahamkan, tertuduh juga adalah pengarah bagi dua syarikat dan beralamat tetap di Johor Bahru. Tiada risiko untuk dia melarikan diri," katanya.
Pada prosiding berkenaan, pihak pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nor Maisarah Hassan, manakala peguam, Fairoz Elyas Majeed serta Ng Kian Pin bertindak sebagai peguam pemerhati.
Mahkamah menolak permohonan ikat jamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 17 November. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes culik
#ahli perniagaan
#identiti suspek
#hukuman mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan