awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan rugi lebih RM1 juta terperdaya pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
22/07/2025
01:20 MYT
Ahli perniagaan rugi lebih RM1 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa mendakwa berurusan dengan individu yang menawarkan skim pelaburan itu pada 29 April lepas dan berminat untuk melabur kerana dijanjikan keuntungan yang lumayan. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang ahli perniagaan kerugian lebih sejuta ringgit akibat terperdaya skim pelaburan dalam talian tidak wujud pada April lepas.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 50-an itu pada 4.22 petang semalam di Balai Polis Pantai, di sini.
"Mangsa mendakwa berurusan dengan individu yang menawarkan skim pelaburan itu pada 29 April lepas dan berminat untuk melabur kerana dijanjikan keuntungan yang lumayan.
"Dia kemudian diminta untuk muat turun sebuah aplikasi di telefon bimbitnya sebelum memindahkan wang ke dalam tujuh akaun yang diberikan untuk tujuan pelaburan melalui 15 transaksi dengan keseluruhan berjumlah RM1,449,750," katanya dalam kenyataan di sini.
Abdul Malik berkata, mangsa menyedari ditipu selepas diminta untuk membuat pembayaran tambahan sekiranya hendak mengeluarkan keuntungan pelaburan tersebut.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan suspek mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli perniagaan rugi
#mangsa scam
#sindiket pelaburan tidak wujud
#transaksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan