awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jaringan tunggal Luqman Hakim bawa skuad Jang ke suku akhir
Institusi agama perlu terus angkat pendekatan sederhana, berhikmah - Raja Muda Perlis
Gabenor Minnesota desak Trump keluarkan ICE susulan insiden tembakan maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli perniagaan rugi RM1.25 juta terperdaya pelaburan klon

Bernama
Bernama
25/01/2026
13:45 MYT
Ahli perniagaan rugi RM1.25 juta terperdaya pelaburan klon
Seorang ahli perniagaan tempatan kerugian RM1.25 juta selepas terperdaya pelaburan klon didalangi sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai entiti pelaburan antarabangsa, Oktober tahun lepas. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan tempatan kerugian RM1.25 juta selepas terperdaya pelaburan klon didalangi sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai entiti pelaburan antarabangsa, Oktober tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Ahli perniagaan tempatan rugi RM1.25 juta disebabkan penipuan pelaburan klon yang berpura-pura sebagai entiti antarabangsa.
  • Mangsa terjebak selepas melihat iklan palsu di Facebook dan membuat 23 transaksi sehingga kehilangan wang.
  • JSJK menyarankan orang ramai untuk berhati-hati, semak akaun syarikat, dan elak daripada pelaburan palsu yang menjanjikan keuntungan besar dalam masa singkat.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman memaklumkan lelaki berusia 50 tahun yang tertarik menyertai skim pelaburan itu selepas melihat iklan di Facebook telah menyertai kumpulan WhatsApp.
"Mangsa diminta memuat turun aplikasi pelaburan palsu memaparkan keuntungan atas kertas sehingga mencecah RM16.7 juta.
"Terpengaruh dengan paparan keuntungan itu, mangsa melakukan 23 transaksi berjumlah RM1.25 juta ke beberapa akaun bank tempatan milik pihak ketiga dari Oktober hingga Disember 2025," menurut JSJK menerusi hantaran Facebook.
JSJK memaklumkan mangsa berasa ditipu selepas diminta membayar yuran tambahan sebanyak RM4.5 juta untuk mengeluarkan keuntungan.
Semakan mangsa mendapati pelaburan itu tidak mempunyai kaitan dengan firma kewangan dan pelaburan antarabangsa dengan nama hampir sama yang berpangkalan di Hong Kong menyebabkannya membuat laporan polis pada 6 Jan.
Pada hantaran itu, JSJK turut memaparkan nama syarikat atau perniagaan pemilik akaun bank yang dimasukkan ke dalam 10 teratas pangkalan data Semakmule CCID dalam tempoh sebulan sehingga 15 Jan.
Berdasarkan data itu, sebanyak 111 laporan diterima melibatkan syarikat tersebut dengan JMC M Trading Venture dan JMC Top Trading mencatatkan laporan tertinggi, iaitu masing-masing 20 laporan diikuti CVC Grow Star Sdn Bhd (16 kes) dan KGI HK Sdn Bhd (15 kes).
JSJK memaklumkan status pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bukan jaminan keselamatan transaksi kerana akaun syarikat atau perniagaan berdaftar juga berpotensi disalahgunakan sebagai akaun keldai bagi aktiviti penipuan pelaburan.
Orang ramai dinasihatkan membuat semakan di semakmule.rmp.gov.my sebelum melakukan transaksi dan jangan mudah terpedaya dengan iklan pelaburan di media sosial yang menjanjikan pulangan luar biasa dalam tempoh singkat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli perniagaan
#pelaburan klon
#penipuan dalam talian
#JSJK Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan