Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak harus dieksploitasi oleh ahli politik yang tidak berpuas hati kerana akan memberi kesan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata perbuatan itu bukan sahaja menghina penerima BR1M, malah menggambarkan sifat negatif diamalkan pihak pembangkang terhadap usaha murni kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Kerajaan BN tidak pilih kasih atau mengetepikan pihak tertentu apabila menjaga kebajikan rakyat.
"Semasa sidang Dewan Rakyat, ketika sesi soal jawab menteri, ahli Parlimen Lembah Pantai telah mengajukan soalan dan saya telah menjelaskan bahawa daripada 7,280,340 penerima BR1M yang layak, Selangor adalah penerima BR1M tertinggi dengan jumlah 1,017,403," katanya dalam kenyataan hari ini.
Johari berkata ia sekali gus membuktikan kerajaan BN tidak melakukan diskriminasi terhadap golongan berpendapatan rendah, tidak kira di mana mereka tinggal atau siapa yang mereka undi.
Pada Ahad (25 Dis), bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor mendakwa BR1M adalah satu bentuk rasuah, dan dengan itu, pemberiannya adalah salah di sisi undang-undang atau satu jenayah.
Johari menjelaskan pemberian bantuan kewangan oleh kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah bukanlah satu konsep asing dan telah diamalkan di banyak negara seluruh dunia.
"Malah, bantuan kewangan yang mensasar telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) sebagai salah satu kaedah utama jaringan keselamatan sosial untuk rakyat," katanya.
Beliau berkata bantuan itu menjadi sebahagian daripada sistem perlindungan sosial yang mantap bagi kebanyakan negara maju.
Pemberian makanan di Amerika Syarikat dan Dana Sosial di United Kingdom adalah beberapa contoh kejayaan program pemberian wang tunai kerajaan bagi menbantu golongan yang tidak berkemampuan, kata Johari.
"Kerajaan Thailand juga telah melaksanakan pemberian wang tunai sebagai cara untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan merangsang ekonomi negara," katanya.
Sementara itu, Johari berkata Dr Mahathir sedia maklum bahawa bantuan kewangan untuk rakyat dalam bentuk BR1M pada asalnya dicadangkan dan dimasukkan dalam Bajet 2012 berdasarkan kesedaran kerajaan terhadap kesan kenaikan kos sara hidup rakyat terutama golongan miskin bandar.
Katanya idea asal itu dicetuskan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz semasa taklimat Bajet 2012 sebagai idea berkesan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dalam mengatasi kesan kenaikan kos sara hidup.
Menerusi BR1M, Johari berkata golongan berpendapatan rendah mendapat kebaikan melalui peningkatan pendapatan boleh guna dan kuasa beli yang lebih tinggi terhadap barangan keperluan.
"Melalui program BR1M secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan penggunaan barangan industri, yang kebanyakannya adalah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan peningkatan penggunaan terhadap ekonomi domestik," kata beliau.
Menurut Johari, BR1M juga perlu diteruskan untuk menampung kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan rasionalisasi subsidi terhadap golongan berpendapatan rendah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2016
JOHARI: Pemberian BR1M tidak harus dieksploitasi oleh ahli politik yang tidak berpuas hati kerana akan memberi kesan kepada kebajikan rakyat. - Gambar fail
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.