awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muzium Pertanian di Kelantan dijangka beroperasi Jun 2026
Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad
UTM tutup tirai 2025 dengan rekod cemerlang akademik, penyelidikan dan inovasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli politik perlu matang, rakyat kini rasa letih - Penganalisis

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
14/10/2020
09:17 MYT
Ahli politik perlu matang, rakyat kini rasa letih  - Penganalisis
Para pemimpin politik dinasihat untuk lebih bersifat matang dalam menguruskan sebarang krisis politik yang melanda. - Gambar Hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Para pemimpin politik dinasihat untuk lebih bersifat matang dalam menguruskan sebarang krisis politik yang melanda.
Felo Penyelidik ILHAM Centre, Prof. Madya Dr Hamidin Abdul Hamid berkata rakyat kini berasa 'letih' akibat ketikdaktentuan politik berpanjangan yang turut mencetuskan ketidakstabilan dalam kalangan rakyat.
Ujarnya, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah cerminan kepada krisis politik yang menyebabkan kesejahteraan rakyat terjejas.
"Semua ini menjadikan rakyat amat tidak berpuas hati dengan tingkah laku ahli politik dalam konteks perebutan kuasa.
"Jadi dalam konteks ini, saya rasa ahli-ahli politik seharusnya bersifat matang dan menunjukkan jalan penyelasaian yang lebih baik dalam menyelesaikan kemelut politik, dan tidak semestinya melalui pilihan raya.
BACA: UMNO pertimbang tarik diri daripada menyokong PN
BACA: Zahid Hamidi menghadap Agong Khamis ini
"Ini kerana lunas-lunas Perlembagaan membenarkan kita membentuk kerajaan, mencari kestabilan tanpa melalui pilihan raya.
"Jadi oleh itu diharapkan kematangan ahli-ahli politik terutamanya elit-elit politik Malaysia untuk duduk bersama berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk memastikan kepentingan rakyat terjaga terutama apabila berdepan COVID-19," katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas berkenaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi, Hamidin berkata sekiranya Parti Warisan Sabah (Warisan) berjaya mempertahankan kerusi tersebut tanpa bertanding, ia memberi gambaran jelas akan kematangan politik ketika ini.
BACA: Dr Mahathir sangkal dakwaan beri sokongan kepada seorang individu jadi perdana menteri
BACA: Sesi menghadap Agong ditangguh, Guan Eng, Mat Sabu akur
"Jadi saya mahu melihat perkara begitu di peringkat Persekutuan. Sekiranya satu penjajaran baharu perlu dilakukan, mereka harus melakukan penjajaran baharu.
"Sekiranya mereka mahukan kepimpinan baharu, perbincangan seharusnya dilakukan antara mereka, tanpa membawa persoalan itu ke jalanan.
"Itu saya kira amat penting untuk memastikan bahawa kestabilan keresahan itu kekal di tahap ini dan tidak ditokok tambah lagi dalam kita berdepan dengan kesan-kesan psikologi hasil pandemik COVID-19," tambahnya.
Beliau mengulas perkara tersebut susulan krisis politik ketika ini, termasuk usaha pertukaran perdana menteri dan penjajaran kerjasama politik.
Topic Berkaitan
#krisis politiik
#pertukaran PM
#peralihan kerajaan
#kepimpinan parti
#UMNO
#PKR
#Bersatu
#Pejuang
#DAP
#COVID19
#PRN Sabah
#PRK Batu Sapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan