KUALA LUMPUR:Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa beliau tidak pernah memberi sokongan kepada mana-mana individu untuk menjadi calon perdana menteri.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau kini bersama parti baharu ditubuhkannya iaitu Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak atau individu yang mempunyai cita-cita untuk mendapatkan sesuatu jawatan.

"Saya diberitahu bahawa kononnya saya menyokong seseorang daripada calon yang ingin menjadi Perdana Menteri, saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah memberi sokongan kepada sesiapa pun sebagai calon untuk menjadi Perdana Menteri.

"Saya harap tidak ada lagi percubaan menyatakan saya sudah menyokong si polan-si polan (merujuk kepada seorang individu). Tiada sokongan terima kasih," katanya menerusi Facebook hari ini.

-- BERNAMA