awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli politik tidak matang lahir daripada masyarakat yang tidak matang - Anas Zubedy

Israr Khalid
Israr Khalid
27/07/2021
23:19 MYT
Ahli politik tidak matang lahir daripada masyarakat yang tidak matang - Anas Zubedy
ANAS: Sebelum kita nak tukar sesebuah institusi, kita kena tukar karakter moral kita terlebih dahulu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hari ini ramai merungut, marah dan kecewa dengan wakil-wakil rakyat yang masih menampilkan sikap tidak matang, baik ketika berbicara di Parlimen mahupun dalam tindak tanduk mereka sebagai ahli politik.
Namun, harus diingat, kita yang memilih mereka ketika pilihan raya, dengan harapan dapat membawa suara kita untuk diperjuangkan di Dewan Rakyat, kata penganalisis politik Anas Zubedy.
Oleh itu, katanya, wakil-wakil rakyat sebenarnya adalah cerminan kepada tahap kematangan rakyat.
“Saya bersetuju bahawa rakyat Malaysia belum matang lagi. Kita yang letak mereka di Parlimen, kita kata ahli politik kita tak matang, sebenarnya kita yang tak matang.
“Sebelum kita nak tukar sesebuah institusi, kita kena tukar karakter moral kita terlebih dahulu,” jelas Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn Bhd itu.
Menurut Anas, 'budaya ketam' yang tidak boleh melihat orang lain maju dan berusaha menjatuhkannya, bukan sahaja berlaku dalam kalangan ahli politik, malah wujud dalam masyarakat amnya.
Jadi, untuk menghentikan budaya tidak sihat ini daripada berlaku dalam kepimpinan, katanya, rakyat terlebih dahulu harus menghapuskan sifat-sifat negatif yang ada dalam diri masing-masing.
"Kejayaan-kejayaan kecil harus diakui dan diraikan, bukan disambut dengan iri hati dan dengki.
"Kesilapan orang tidak patut dicemuh dan dikeji, sebaliknya dijadikan teladan malah lebih baik, diperbaiki bersama," katanya kepada Agenda AWANI pada Selasa.
Apabila prasangka dapat dipadamkan, tambah Anas, barulah negara dapat mencapai kestabilan yang dapat menggalakkan kerjasama dan perkongsian idea yang lebih tulus, demi kemajuan dan kesejahteraan bersama sebagai sebuah masyarakat bernegara.
“Kita mahu semua bersama kalau boleh, dan saya pernah syorkan bahawa para pemimpin harus dibawa bersama untuk mencipta kestabilan.
“Selagi tidak stabil, kita tak akan dapat menguruskan masalah dengan baik,” tegasnya.
Ahli politik matang datang dari rakyat yang matang - Anas Zubedy
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Anas Zubedy
#prasangka
#kerjasama
#perkongsian
#wakil rakyat
#matang
#Dewan Rakyat
#rakyat Malaysia
#pilihan raya
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan