TAIPING: Ahli akar umbi UMNO diingatkan agar tidak bertelagah memilih calon untuk bertanding pada setiap pilihan raya terutamanya pilihan raya umum, kata Naib Presiden parti itu Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata ahli sepatutnya mengenal pasti calon terbaik termasuk pemimpin muda yang mempunyai jiwa untuk turun ke lapangan dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan masyarakat Melayu bagi memastikan kemenangan parti.
"Jangan bergaduh, jika tidak akhirnya ia (pemilihan calon) akan ke peringkat pusat untuk buat keputusan dan kemungkinan besar (pusat) akan tersilap pilih. Kalau kita di bawah ini sudah bergasak, macam mana masyarakat hendak menyokong kita, jadi itu yang saya tekankan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang Kali Ke-36 Tahun 2024 di sini hari ini.
Johari berkata cadangan nama calon juga perlu dikemukakan lebih awal bagi memastikan calon lebih dikenali masyarakat.
Sementara itu, beliau berkata UMNO mengalu-alukan penyertaan semula bekas ahli, namun mereka perlu mengikut prosedur ditetapkan termasuk menjadi ahli biasa walaupun sebelum ini memegang jawatan dalam parti.
"Nak masuk kena berikrar 'saya dengan ini berikrar bahawa saya tidak akan mengulangi perbuatan saya lompat sana, lompat sini'," katanya ketika ditanya berhubung status Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.
Semalam, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO menerima banyak permohonon bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu dan perkara berkenaan akan dibawa ke Lembaga Disiplin untuk menentusahkan keahlian mereka.
Syed Abu Hussin antara enam Ahli Parlimen yang dibuang daripada Bersatu kerana memberi sokongan kepada Perdana Menteri baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abd Ghani berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang ke-36 di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.