Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan kecewa apabila kebanyakan kenyataannya terutama mengenai isu Cukai Barangan dan Pekhidmatan (GST) banyak diputarbelitkan oleh beberapa pihak.

Beliau berkata walaupun kehidupannya sebagai seorang menteri banyak berubah selepas perlaksanaan GST ini apabila beliau semakin menjadi sasaran ditertawakan namun beliau sedar tanggungjawabnya untuk terus memberi penerangan kepada orang ramai mengenai kebaikan GST.

"Banyak kenyataan saya disalahtafsir. Contohnya apabila saya memberi satu ceramah dalam forum penerangan berkenaan GST kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM). Dalam berjuta perkataan yang saya sebutkan, apa yang di spin adalah : Ahmad Maslan suruh budak UiTM masak.

"Memasak itu saya kata begini : Jika kita masak sendiri, barangan bahan mentah yang dibeli akan dikenakan kosong peratus GST. Saya tidak suruh : Wahai saudara dan saudari UITM sekalian, masaklah walau berada di hostel. Saya tidak kata begitu.

"Anak saya pelajar UiTM selama 3 tahun sebelum pergi ke UK, saya tahu di hostel tidak boleh di masak tapi kalau dia berada di luar, memang boleh masak. Jadi mereka suka spin dengan kenyataan saya. Itu suatu perkara yang saya tidak gemar," jelas beliau kepada Astro AWANI pada Khamis.

BACA: Ahmad Maslan dikritik saran pelajar masak bagi elak beban GST

BACA : Ahmad Maslan
tidak bodoh - Mohammad Agus


Merekasukaspindengankenyataansaya. Itu suatu perkara yang saya tidakgemar.
Berikutan dengan itu, Ahmad Maslan juga berkata beliau terpaksa berhati-hati dengan jemputan beberapa pihak yang mengajaknya untuk mengadakan sesi pedebatan terutama mengenai isu GST.

"Itu sebab apabila Tuan Ibrahim (Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) mengajak saya berdebat di Rompin, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengajak saya berdebat, Rafizi Ramli ajak debat di Permatang Pauh saya tidak takut, saya hanya takut kepada Allah.

"Saya sudah pun menjawab (mengenai isu GST) kepada Rafizi di Dewan Rakyat tetapi apabila berada di pentas mereka, mereka akan spin segala perkara yang saya akan cakap. Saya ada banyak pentas, esok saya akan pergi ke Permatang Pauh, selepas itu ke Rompin," ujar beliau.

Dalam masa yang sama, Ahmad Maslan juga menafikan beliau menerima arahan daripada kepimpinan tertinggi UMNO agar berhenti bercakap mengenai cukai GST sepanjang minggu kempen pada pilihan raya kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh.

BACA : Ahmad Maslan nafi dapat arahan dilarang bercakap mengenai GST

"Itutidakbetul. Kalau saya berhenti bercakap, takkan mahu suruh Rafizi, Tony Pua (Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP) atau Mahfuz Omar (Ketua Penerangan PAS) cerita pasal GST, habis bingung semua orang," jelas beliau.


Ikuti kupasan mendalam hos Kamarul Bahrin Haron bersama Datuk Ahmad Maslan mengenai 'Perlaksanaan GST dan Kuasa Pengguna' dalam Agenda AWANI.