awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Nawab mentor saya - Ramli MS

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
25/11/2024
00:20 MYT
Ahmad Nawab mentor saya - Ramli MS
RANLI: Ahmad Nawab mentor saya. Banyak benda saya belajar tentang bisnes muzik dengan dia. - Foto Astro AWANI
SHAH ALAM : Pemergian maestro muzik tanah air, Tan Sri Ahmad Nawab benar-benar meninggalkan kesan kepada komposer Datuk Ramli MS.
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau dan banyak perkara yang dipelajari darinya sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Menurutnya, beliau masih lagi bersedih dengan pemergian komposer S Atan pada minggu lepas dan kali ini dikejutkan dengan pemergian Ahmad Nawab pula.
“Saya belum hilang lagi rasa sebak atas pemergian pakcik saya, S Atan, baru seminggu. Sekarang Tan Sri, agak terperanjatlah.
“Lama saya kenal arwah, tahun 1970-an, dalam 1977 atau 1978. Lepas itu saya bekerja dengan beliau daripada tahun 1982 atau 1983.
“Berbelas tahun jugalah kerja dengan beliau, dari zaman Ramlah Ram dan yang seangkatan dengannya.
“Beliau mentor saya. Banyak benda saya belajar tentang bisnes muzik dengan dia,” katanya kepada Astro AWANI.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Menurut Ramli, beliau sudah lama tidak berjumpa dengan Ahmad Nawab namun ada bertanya khabar kesihatannya kepada anaknya.
Ketika ditanya keperibadian arwah, Ramli berkata Ahmad Nawab memang menyayangi beliau.
“Beliau sayangkan saya. Ya, beliau sayangkan saya. Sebab dari segi muzik, kalau kita buat album, saya akan bantu beliau, selalu saya dapat lebih.
"Setiap kali rakaman apa-apa, beliau akan bagi saya hadiah - baju, tali leher dan sebagainya. Beliau memang sayang saya,” ujarnya sedih.
Topic Berkaitan
#Ahmad Nawab
#Ramli MS
#meninggal dunia
#maestro muzik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan