awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Said kecewa dituduh songlap bantuan banjir

Bernama
Bernama
08/01/2014
23:45 MYT
Ahmad Said kecewa dituduh songlap bantuan banjir
-gambar fail
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said kecewa apabila terus difitnah dan dituduh dengan tuduhan tidak berasas oleh pihak tertentu yang dilihat mahu menjatuhkan reputasinya.
Yang terbaharu, beliau didakwa telah menyeleweng bantuan pihak istana untuk mangsa banjir di Kemaman.
Sebuah laman sosial 'Pakatan Rakyat Election News’ mengeluarkan kenyataan menerusi Facebook pada Isnin lalu dengan mendakwa bantuan tersebut tidak diagih sebaliknya disonglap oleh menteri besar sehingga menimbulkan kemurkaan pihak istana.
Bercakap kepada pemberita di sini pada Rabu, Ahmad menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak munasabah.
"Saya tidak tahu apa motif mereka. Sedangkan ketika itu saya ada bersama Tuanku semasa majlis bantuan penyampaian barangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Cukai dan Sekolah Kebangsaan Seri Iman di Kemaman," katanya.
Beliau berkata beliau kesal kerana susulan kenyataan tidak berasas itu, ramai pengguna Facebook memberi komen negatif dan melemparkan pelbagai tuduhan tidak wajar kepada beliau.
Ahmad berkata beliau akan menilai dan mengkaji perkara itu sebelum membuat laporan polis untuk tindakan seterusnya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Said
#banjir
#pihak istana
#wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan