Penglibatan Datuk A. Samad Said dalam insiden pengibaran bendera selain Jalur Gemilang pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan Jumaat lalu, boleh menjejas pandangan masyarakat terhadap beliau yang diberi anugerah 'Sasterawan Negara'.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata masyarakat akan mempunyai tanggapan bahawa terdapat golongan sasterawan yang 'sakit' sehingga melakukan tindakan sedemikian bagi mendapatkan perhatian ramai.
"Tidak dinafikan ia sedikit sebanyak menjejaskan gelaran itu dan tidak mustahil jika orang tidak lagi pandang tinggi pada Sasterawan Negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen 'Saya Sayang Malaysia' atau #MYSyg di sini, malam tadi.
Ditanya sama ada gelaran Sasterawan Negara perlu ditarik balik daripada A.Samad ekoran perkembangan tersebut, Ahmad Shabery berkata perkara itu hanya boleh ditentukan oleh pihak yang memberikan gelaran tersebut.
A. Samad atau nama sebenarnya Abdul Samad bin Muhammad Said dianugerahkan Sasterawan Negara pada 1985 atas sumbangan beliau memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu.
Dalam insiden di Dataran Merdeka itu, A. Samad dikatakan sedang mendeklamasikan sajak berhampiran bendera merah putih dengan 12 bintang kuning disusun tiga baris dalam empat jalur yang kemudiannya dirampas seorang lelaki.
Ahmad Shabery seterusnya menyifatkan tindakan individu yang mengibarkan bendera berkenaan sebagai perbuatan orang yang dahagakan perhatian dan 'perlu diberikan rawatan'.
"Mungkin mereka ini rasa orang sudah lupa dan tidak pula mempunyai isteri atau anak yang sayang (pada mereka) menyebabkan mereka terkinja-kinja mengibarkan bendera lain semasa orang lain mengibarkan Jalur Gemilang," katanya.
Beliau juga yakin tindakan itu tidak mendapat sambutan orang ramai termasuk daripada pihak pembangkang kerana isu Jalur Gemilang sebagai simbol kedaulatan negara tidak pernah dibangkitkan sebelum ini.
Mengulas mengenai penglibatan golongan mahasiswa dalam insiden itu, Ahmad Shabery menyifatkan setiap ajaran termasuk yang tidak benar sudah pasti dapat menarik pengikut tersendiri.
"(Ajaran sesat) Ayah Pin juga mempunyai pengikut termasuk daripada universiti agama tersohor, apakan lagi golongan mahasiswa," katanya.
Kempen #MYSyg dilancarkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Hari Malaysia bagi menyemarakkan semangat patriotisme rakyat selain mencungkil bakat rakyat menunjukkan rasa cinta kepada negara menerusi laman sosial.
Bernama
Tue Sep 03 2013
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merantasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
A. Samad Said nafi bersembunyi kerana insiden 'Sang Saka Malaya'
Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said menafikan bahawa beliau bersembunyi dan melarikan diri dari polis berhubung insiden kibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam Ambang Merdeka.