awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid mahu pelaksanaan PuTERA35 dipantau keberkesanannya

Bernama
Bernama
19/08/2024
12:35 MYT
Ahmad Zahid mahu pelaksanaan PuTERA35 dipantau keberkesanannya
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu pelaksanaan inisiatif di bawah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), dipantau keberkesanannya bagi memastikan ia sampai kepada kumpulan sasaran.
Beliau berkata kayu pengukur keberkesanan terhadap pelaksanaan agenda pengisian ekonomi Bumiputera bukan lagi melalui indikator perbelanjaan atau peruntukan, sebaliknya perlu melihat keberkesanan program itu.
"Saya menyarankan agar pelaksanaannya dilihat dari segi cost effectiveness. Ertinya keberkesanan terhadap program itu.
"Kita (kerajaan) telah membuat keputusan, Kabinet telah membuat keputusan supaya timbalan ketua setiausaha dasar di setiap kementerian, memantau kepada soal pelaksanaan agenda Bumiputera di setiap kementerian," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran PuTERA35 di sini, hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan pelan itu, yang antaranya menggarap tiga teras yang sejajar dengan Ekonomi MADANI iaitu memperkukuh pasak ekonomi negara; memperkukuh kerukunan tatakelola dan institusi; dan menegakkan keadilan sosial.
Ahmad Zahid berkata kerajaan juga mahu agensi pelaksana di peringkat jabatan, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) turut dilibatkan dalam menjayakan PuTERA35, dan tidak terhad kepada peringkat kementerian sahaja.
Beliau dalam pada itu berkata elemen pemilikan, penyertaan dan penguasaan Bumiputera dalam aspek ekuiti terutamanya, menjadi teras utama dalam PuTERA35.
"Soalnya ialah penyertaan dalam aspek ekuiti dan pemilikan dan juga penguasaan. Tiga elemen itu penting, pemilikan, penyertaan dan penguasaan... tiga aspek ini penting dalam aspek ekonomi. Begitu juga dalam sektor ekonomi lain dan bidang profesional yang telah digariskan.
"Jadi kita lihat dari segi capaian dalam bentuk yang berbeza, terutamanya dalam bentuk pemilikan ekuiti," katanya.
Terdahulu, semasa berucap pada Majlis Pelancaran PuTERA35, Ahmad Zahid berkata pelaksanaan PuTERA35 tidak akan meminggirkan kaum atau suku lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PuTERA35
#Ahmad Zahid Hamidi
#Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera
#pelaksanaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan