Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap 12 pertuduhan pindaan bagi kes pecah amanah dan dua pertuduhan pindaan rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Hakim Collin Lawrence Sequerah mengarahkan pertuduhan pindaan dibacakan kepada Ahmad Zahid, 67, selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk meminda 14 pertuduhan tersebut.
Pertuduhan pindaan itu membabitkan penambahan satu perkataan iaitu 'penguasaan' dalam pertuduhan pecah amanah pertama hingga 10 serta 19 dan 20 serta membuang perkataan 'penambahan' dalam pertuduhan rasuah ke-14 dan 15.
Mengikut 12 pertuduhan pindaan, Ahmad Zahid sebagai pemegang amanah Yayasan Akalbudi yang telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta itu milik yayasan berkenaan, didakwa melakukan pecah amanah wang berjumlah RM31 juta milik yayasan tersebut di Affin Bank Bhd cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India, di sini, antara 13 Jan 2014 dan 23 Dis 2016.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebatan dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pindaan rasuah pula, Ahmad Zahid didakwa menerima rasuah daripada pengarah Data Sonic Group Berhad, sebagai upah bagi dirinya sebagai penjawat awam iaitu Menteri Dalam Negeri ketika itu, dan oleh sebab itu, syarikat itu dilantik bagi melaksanakan perolehan pembekalan cip pasport untuk tempoh lima tahun.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Maybank cawangan Dataran Maybank, Jalan Maarof, Bangsar di sini, pada 26 April 2017.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Terdahulu peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata pihaknya tidak bersetuju dengan pindaan tersebut kerana pemakluman mengenai pindaan itu agak lambat.
“Kami terkejut, dan ia hanya dimaklumkan kepada kami pagi ini. Kami tidak bersetuju dengan permohonan ini.
"Pada masa yang sama kami ingin memaklumkan kepada mahkamah bahawa kami mahu hak kami di bawah Seksyen 162 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) untuk memanggil saksi-saksi, diiktiraf. Kami serahkan kepada mahkamah,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata pindaan terhadap pertuduhan itu tidak akan memberi kesan sehingga boleh mengubah ciri kesalahan itu.
“Tidak akan timbul soal prejudis kerana pertuduhan yang dipinda itu hanya pindaan kecil sahaja," katanya.
Ahmad Zahid, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah bersambung esok.
Astro Awani
Mon Aug 10 2020
Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah terhadap 12 pertuduhan pindaan bagi kes pecah amanah dan dua pertuduhan pindaan rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi. - Foto BERNAMA
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Mahkamah minta bukti Zahid Hamidi hadir mesyuarat UMNO di Janda Baik, kebenaran rentas negeri
Ini bukan kali pertama perbicaraan bekas timbalan perdana menteri tersebut membabitkan dana Yayasan Akalbudi terpaksa ditangguhkan atas sebab sama.
Perbicaraan kes Zahid Hamidi: Saksi 'terkejut' Lewis & Co pemegang amanah Yayasan Al-Falah
Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada hari ke- 37 perbicaraan.
Lewis & Co bukan pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik Zahid - Saksi
Firma guaman itu juga dikatakan tidak pernah menguruskan fail dan buku lejar berkaitan Yayasan Akalbudi.