awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid ucap tahniah dua pelajar tajaan MARA catat pencapaian terbaik peperiksaan ACCA

Bernama
Bernama
03/05/2023
14:31 MYT
Ahmad Zahid ucap tahniah dua pelajar tajaan MARA catat pencapaian terbaik peperiksaan ACCA
Julea Qiestyna merupakan pelajar ACCA FIA Fakulti Perakaunan UiTM cawangan Perak sementara Danish Zafran merupakan penuntut UiTM Shah Alam. - Gambar Facebook Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar tajaan MARA, Julea Qiestyna Abu Zar dan Danish Zafran Bazam, kerana berjaya meraih pencapaian terbaik dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).
Julea Qiestyna yang merupakan pelajar ACCA FIA Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Perak memperoleh markah tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia bagi kertas peperiksaan Recording Financial Transactions (FA1) pada sesi Mac lepas.
Sementara Danish Zafran yang merupakan penuntut UiTM Shah Alam memperoleh 'Top ACCA Prize Winner' selepas beliau mendapat tempat pertama di peringkat kebangsaan dan ketiga di dunia dalam kertas peperiksaan 'Performance Management' juga pada Mac lepas.
"Sekalung tahniah diucapkan kepada dua pelajar tajaan MARA kerana berjaya dinobatkan sebagai ACCA World Prize Winners.
"Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat semua pelajar tajaan MARA yang lain. All the best," katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#UiTM
#ACCA
#Recording Financial Transactions
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan