awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian bapa Akmal Saleh

Bernama
Bernama
11/07/2025
08:30 MYT
Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian bapa Akmal Saleh
Ahmad Zahid menyifatkan pemergian insan yang dikasihi di pagi Jumaat, penghulu segala hari, adalah satu kehilangan yang sangat menyentuh hati.
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini merakamkan ucapan takziah kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Akmal Saleh atas pemergian bapanya.
Ahmad Zahid, menerusi hantaran di Facebook, menyifatkan pemergian insan yang dikasihi di pagi Jumaat, penghulu segala hari, adalah satu kehilangan yang sangat menyentuh hati.
"Di pagi Jumaat ini, saya menerima satu lagi perkhabaran duka mengenai pemergian ayahanda tercinta kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh iaitu Allahyarham Cikgu Saleh Lempah yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.
"Sebagai insan yang saya kenal rapat, saya memahami betapa besar dan dalamnya kasih Dr Akmal terhadap Allahyarham ayahandanya. Cikgu Saleh merupakan sumber ilham dan kekuatan perjuangan anakanda beliau dalam memimpin anak muda Malaysia," katanya.
Beliau turut mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan para solihin yang beroleh naungan rahmat Allah SWT.
"Kepada Dr Akmal dan seluruh ahli keluarga, saya doakan semoga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menempuh ujian yang amat berat ini.
"Insya-Allah, kasih seorang anak yang tidak pernah putus akan terus mengiringi roh ayahanda dalam doa dan amal jariah yang berpanjangan," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat Rozana Kamarulzaman yang meninggal dunia pada 1.47 pagi tadi.
"Pemergian Allahyarhamah, yang juga mesra dikenali sebagai Ojane, merupakan kehilangan besar kepada keluarga, sahabat-sahabat perjuangan dan seluruh warga parti di peringkat akar umbi khususnya di Kuala Langat.
"Saya mendoakan agar seluruh keluarga yang ditinggalkan terus diberi kekuatan, ketabahan dan reda menghadapi kehilangan yang amat dirasai ini. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan insan solehah dan beroleh jannah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akmal Saleh
#Zahid Hamidi
#bapa Akmal Saleh
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan