MALAYSIA
Ahmad Zahid zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong

Ahmad Zahid menjunjung kasih serta mendoakan agar pemerintahan Seri Paduka Baginda sentiasa diberkati Allah SWT. - FB Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Ringkasan AI
- Timbalan Perdana Menteri menzahirkan ucapan tahniah: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof merafak sembah serta mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi.
- Doa untuk pemerintahan dan kesejahteraan Seri Paduka Baginda: Kedua-dua pemimpin berharap Sultan Ibrahim dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik serta memerintah dengan kedaulatan dan kebijaksanaan.
- Harapan agar Seri Paduka Baginda dilimpahi keberkatan: Mereka turut mendoakan kesejahteraan Sultan Ibrahim dan memohon agar pemerintahan baginda sentiasa diberkati Allah SWT.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi hantaran Facebook turut merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda hari ini.
"Semoga Duli Tuanku kekal qarar bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan jua serta memerintah (negara) dengan adil serta saksama.
"Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda sentiasa berada di bawah peliharaan rahmat dan perlindungan Allah SWT, hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, selamat sejahtera, dilanjutkan usia serta dikurniakan kesihatan yang baik," katanya.
Fadillah berkata beliau dan seluruh Malaysia mendoakan agar Seri Paduka Baginda sentiasa dilimpahi keberkatan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami