Perubahan ini dipanggil dengan nama ASI (Artificial Super Intelligence), dan dijangka akan dicapai dalam tempoh sekitar 10 tahun lagi.
ASI ini dikategorikan lebih ke hadapan berbanding AGI (Artificial General Intelligence) yang dijangka dicapai dalam masa beberapa tahun lagi.
AGI ini dikatakan akan membolehkan kecerdasan buatan beroperasi pada tahap kepintaran manusia.
Ia dikatakan AGI tidak akan memberikan impak yang besar pada kehidupan harian manusia memandangkan ia tidak begitu jauh berbeza dengan kepintaran manusia. Tetapi, ASI akan membawa impak berbeza.
SoftBank sedia melakukan pelaburan pada pelbagai syarikat, dan dilihat lebih memfokuskan firma kecerdasan buatan untuk kebelakangan ini.
Masayoshi Son sendiri menyatakan yang serius dalam arena ini, dan akan melihat untuk merealisasikan ASI ini, serta membawa kepada evolusi manusia. -Amanz