awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya

Faida Rahim
Faida Rahim
13/12/2024
21:00 MYT
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Bahbibi berpendapat, IPT di negara ini tidak berdepan kesukaran mempelajari AI memandangkan pelajar tanpa mengira peringkat sudah mengaplikasi AI dalam kehidupan seharian. - Gambar ihsan UPSI
KUALA LUMPUR: Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pensyarah Fakulti Perkomputeran dan Meta-Teknologi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Bahbibi Rahmatullah berpendapat, IPT di negara ini tidak berdepan kesukaran mempelajari AI memandangkan pelajar tanpa mengira peringkat sudah mengaplikasi AI dalam kehidupan seharian.
"Adakah kita nak jadi pengguna AI atau yang hasilkan AI. Atau mungkin kedua-dua sekali. Jadi kalau dari segi universiti itu sendiri, saya nampak kebanyakan universiti telah bersedia dan memang sedang menghasilkan bakat bakat AI yang boleh menerajui industri akan datang.
"Mereka perlu sedar bila sudah mula menggunakan peranti-peranti ini, sebenarnya mereka sudah terdedah dengan AI sama ada sedar atau tidak.
"Tapi untuk melahirkan bakat-bakat AI yang tahu menghasilkan AI, sebenarnya asasnya adalah pada saya yang belajar tentang machinery dan sebagainya, kekuatan adalah pada matematik.
"Jadi mereka memerlukan asas yang kukuh dalam Matematik, dalam statistik, barulah kita boleh menghasilkan kaedah kaedah teknology, method, algorithm di dalam AI untuk kita menghasilkan inovasi kita sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Pantau Agenda Reformasi pada Jumaat.
Tambahnya, Kementerian terlibat juga perlu mengambil langkah untuk mempersiapkan negara dan rakyat dalam menghadapi cabaran dunia digital yang akan datang dengan memberi tumpuan kepada tiga tonggak utama iaitu infrastruktur, keselamatan dan bakat.
Sementara itu, beliau percaya dengan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran belia mengenai AI secara berperingkat, generasi muda Malaysia akan lebih bersedia mendepani cabaran teknologi masa hadapan.
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#IPT
#Prof Madya Bahbibi Rahmatullah
#UPSI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan