awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidiladha: Aliran trafik masih lancar, pengguna diminta waspada kemalangan

Bernama
Bernama
16/06/2024
09:34 MYT
Aidiladha: Aliran trafik masih lancar, pengguna diminta waspada kemalangan
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih lancar pada 4 petang ini. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih lancar pada 4 petang ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan jumlah kenderaan sedikit meningkat berbanding hari biasa di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) namun trafik masih terkawal.
"Kesemua pengguna diminta berwaspada ketika berada di jalan raya kerana terdapat peningkatan jumlah kemalangan setakat hari ini antaranya di KM251.6 arah selatan dari Senawang ke Pedas Linggi dengan lorong kanan terhalang dan menyebabkan trafik perlahan sepanjang tiga kilometer.
"Selain itu, kemalangan di persimpangan Sungai Buloh arah utara dari Restoran Jejantas Sungai Buloh ke persimpangan Sungai Buloh dan di KM309.8 arah utara dari Tapah ke Gopeng, namun trafik di kedua-dua lokasi didapati terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama.
Akaun rasmi X PLUS Trafik pula memaklumkan terdapat nahas dilaporkan berlaku di KM334.3 arah selatan dari Tapah ke Bidor menyebabkan aliran trafik perlahan sepanjang tiga kilometer.
PLUS Trafik juga memaklumkan terdapat kesesakan selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju pusat bandar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#Lebuhraya Utara-Selatan
#KLK
#trafik terkawal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan